Islamic Widget

our anniversary ( intan & nafis )

Daisypath Anniversary tickers

i follow...u follow...

Khamis, 7 April 2011

TELUR TIRUAN!!!!...AWAS


Seorang pegawai CAP, N.V. Subbarow menunjukkan telur tiruan (kiri) yang lebih besar berbanding telur sebenar di George Town semalam.



Awas semua! Sekali pandang memang tidak ubah seperti telur ayam gred A namun, ia sebenarnya telur tiruan yang dibuat sepenuhnya daripada ramuan bahan-bahan kimia berbahaya. Itu pendedahan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang mendakwa telur berkenaan rupa bentuknya tidak ubah seperti telur ayam sebenar dan tidak menolak kemungkinan ia terdapat di pasaran negara kita.

Menurut Presidennya, S.M. Mohamed Idris, siasatan awal mendapati kulit telur tiruan itu diperbuat daripada lilin parafin dan kalsium karbonat.  Manakala Kuning telur dan putih telur tiruan itu pula dihasilkan menggunakan natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna lemon.

Menurut S.M. Mohamed, pada amnya bahan-bahan itu merupakan makanan tambahan tetapi dalam menghasilkan telur tiruan, ia menjadi komponen utama dalam bahan-bahan pemprosesannya.
Justeru, pemakanannya dipercayai mampu mengganggu kadar metabolisme dalam badan, hati dan otak jika dimakan pada kadar yang kerap. Oleh itu, kita semua perlu lagi lebih berhati-hati berkaitan soal makanan ni. Sekarang ni macam-macam benda boleh berlaku dan yang mustahil utk berlaku pun boleh berlaku akhirnya. Sekian…

sumber : copy dari blog rose ( tqvm yer tuan umah )

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata... [khas utk kamu]

eeee....takot nye...dh la nika suke mkn telur.....

intan morsalin berkata... [khas utk kamu]

tulah..b4 beli tu kna perhati btul2 n kna baca btul2..nyawa cam dah xde harga skrg ni...nak slamat bela ayam sdiri...kalau duk kg leh la bela ayam kan...

cik dah ganu kiter berkata... [khas utk kamu]

ish..ish ada jgk erk camtu....idah mkn telur ayam kg jer...x pyh beli kat kedai dah....ayam sendiri bertelur

sobri yaacob berkata... [khas utk kamu]

perr.... pnah baca kisah ni... ingat dkat china je ada.... kat malaysia pun dah msuk...adooiii,..
lpas ni ternak sdri la... ha..ha..

intan morsalin berkata... [khas utk kamu]

untung la cik dah leh bla ayam...jimat dah tu n yg penting selamat...

intan morsalin berkata... [khas utk kamu]

sobri:dah slmat sampai kat negara kita pon....huhuhuh...kna beware la pasni

Aida Alias berkata... [khas utk kamu]

ishh mcam2 la sekarang ni.. lama2 jadi takut nak beli brg.. takkan nak belek semua pulak huuhu

intan morsalin berkata... [khas utk kamu]

aida:btul tu..kdg2 kta ni bla nak cpat trus smbar jer n x smpai nak belek.