Seorang pegawai CAP, N.V. Subbarow menunjukkan telur tiruan (kiri) yang lebih besar berbanding telur sebenar di George Town semalam.
Awas semua! Sekali pandang memang tidak ubah seperti telur ayam gred A namun, ia sebenarnya telur tiruan yang dibuat sepenuhnya daripada ramuan bahan-bahan kimia berbahaya. Itu pendedahan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang mendakwa telur berkenaan rupa bentuknya tidak ubah seperti telur ayam sebenar dan tidak menolak kemungkinan ia terdapat di pasaran negara kita.
Menurut Presidennya, S.M. Mohamed Idris, siasatan awal mendapati kulit telur tiruan itu diperbuat daripada lilin parafin dan kalsium karbonat. Manakala Kuning telur dan putih telur tiruan itu pula dihasilkan menggunakan natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna lemon.
Menurut S.M. Mohamed, pada amnya bahan-bahan itu merupakan makanan tambahan tetapi dalam menghasilkan telur tiruan, ia menjadi komponen utama dalam bahan-bahan pemprosesannya.
Justeru, pemakanannya dipercayai mampu mengganggu kadar metabolisme dalam badan, hati dan otak jika dimakan pada kadar yang kerap. Oleh itu, kita semua perlu lagi lebih berhati-hati berkaitan soal makanan ni. Sekarang ni macam-macam benda boleh berlaku dan yang mustahil utk berlaku pun boleh berlaku akhirnya. Sekian…
sumber : copy dari blog rose ( tqvm yer tuan umah )
8 ulasan:
eeee....takot nye...dh la nika suke mkn telur.....
tulah..b4 beli tu kna perhati btul2 n kna baca btul2..nyawa cam dah xde harga skrg ni...nak slamat bela ayam sdiri...kalau duk kg leh la bela ayam kan...
ish..ish ada jgk erk camtu....idah mkn telur ayam kg jer...x pyh beli kat kedai dah....ayam sendiri bertelur
perr.... pnah baca kisah ni... ingat dkat china je ada.... kat malaysia pun dah msuk...adooiii,..
lpas ni ternak sdri la... ha..ha..
untung la cik dah leh bla ayam...jimat dah tu n yg penting selamat...
sobri:dah slmat sampai kat negara kita pon....huhuhuh...kna beware la pasni
ishh mcam2 la sekarang ni.. lama2 jadi takut nak beli brg.. takkan nak belek semua pulak huuhu
aida:btul tu..kdg2 kta ni bla nak cpat trus smbar jer n x smpai nak belek.
Catat Ulasan