Islamic Widget

our anniversary ( intan & nafis )

Daisypath Anniversary tickers

i follow...u follow...

Isnin, 4 April 2011

HIDUNG BERDARAH

  • stiap hari khamis yaya kena pakai baju sukan...jadinya ari khamis lepas ( 31/3/2011 ) aku pakaikan yaya baju sukan..sebelum ni dia dpt kaler merah...pastu cikgu tukar kaler kuning plak..pada pendapat aku yaya ni umah sukan warna kuning la...tp mak aku cakap yaya x ska wana kuning..dia ckp x cantik...hahahaha
  • aku ade gak tanya yaya pasal baju sukan dia...nape cikgu tukar dari warna merah kepada kuning...
  • reaksi dia : diam & sedih & x nak ckp....( dia ni kalau ade pape yg dia x bkenan..susah sket nak criter..kalau dipaksa2 kang..mlalak plak...aku biarkan jer..)
  • ni nak citer kaitan tajuk n3 tu yer..jdnya bla ptg aku nak amik yaya kat umah babaysitter tu...aku pggil k.ram...k.ram bgtau yg idung yaya bdarah balik skolah td...haa!!!
  • aku mmg tkejut sbb family aku mmg xde sjarah hidung berdarah ni...
  • k.ram bgtau...abis tudung n baju sukan yaya kna darah...( tqvm k.ram sbb tlg bsuh yer )
  • aku pon risau gak la pasal isu hidung bdarah ni...aku pon kol la mak kesayanagan aku..dia ckp mgkin yaya pnas kot sbb ari tu dia bersukan kan...mgkin duk main kat tgh padang time panas2 agaknya..
  • driver van skolah pon ade bgtau yg idung yaya bdarah...
  • so aku pon cari la info tentang hidung berdarah ni...
  • let read dear...

 

JANGAN PANDANG RINGAN HIDUNG BERDARAH

Mungkin anak anda pernah mengalami pendarahan hidung secara tiba-tiba. Sebagai ibu tentu keadaan itu agak mencemaskan, maklum sahaja darah keluar dengan banyak melalui hidung anak secara tidak henti-henti.
Tanpa berlengah anda menyuruh anak ke bilik air, cuba menghentikan darah dengan memicit batang hidung, membersihkan dengan air, kemudian menyuruh anak berbaring.
Tetapi tahukah anda, langkah yang diambil itu tidak betul?
Menurut Pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) dari sebuah hospital swasta di ibu negara, Dr. Abdul Hakim Jaafar, apabila ibu atau bapa berhadapan dengan masalah tersebut, mereka dinasihatkan agar tidak cepat panik.
“Sebaliknya anda harus mengambil langkah seperti mengarahkan anak bertenang, duduk, bernafas melalui mulut seterusnya picit bahagian lembut hidung iaitu tulang rawan hidung dengan ibu jari dan jari telunjuk,” katanya.
Kata Abdul Hakim, langkah tersebut perlu dilakukan segera bagi menghalang darah terus keluar dari hidung.
Membincangkan lebih lanjut mengenai pendarahan hidung atau epistaxis, katanya, ia merupakan perkara biasa yang berlaku terutama di kalangan kanak-kanak.
Bagaimanapun, masalah tersebut tidak harus dipandang ringan kerana ia juga mungkin memberi petanda kepada penyakit lain.
‘‘Adalah lebih baik melihat perkara normal dahulu, sebelum melihat kepada ketidaknormalannya,’’ ujarnya ketika ditemui, baru-baru ini.
Menerangkan secara terperinci mengenai faktor penyebab terjadinya pendarahan hidung, beliau berkata, hidung berdarah boleh disebabkan berlakunya pendarahan hidung akibat luka pada lapisan dalam hidung,
Walaupun saiznya kecil, hidung mempunyai banyak salur darah halus yang berbaris di bahagian atas lubang hidung.
Permukaan dalaman hidung dilapisi membran mukosa (lapisan lembap yang menggalas struktur berongga seperti saluran pernafasan) supaya kulit sentiasa lembap.
Membran mukosa ini mempunyai banyak salur darah yang sensitif dan mudah luka. Kehadiran salur darah ini bertujuan membantu memanas dan melembapkan udara yang disedut ketika bernafas.
Oleh kerana salur darah ini hampir dengan kulit dalam lubang hidung, ini menyebabkan ia mudah terluka walaupun menerima hentakan kecil, terutama di kalangan kanak-kanak.
Luka
‘‘Sikap kanak-kanak yang suka memasukkan objek kecil ke dalam hidung juga boleh menyebabkan salur darah halus luka dan berdarah. Malah perubahan cuaca, alahan, selesema, bersin dan batuk juga boleh menyebabkan hidung berdarah,’’ ujarnya.
Beliau turut menjelaskan bahawa pendarahan hidung boleh dibahagikan kepada dua jenis. Satu daripadanya ialah anterior (pendarahan bermula pada bahagian septum iaitu dinding yang memisahkan dua lubang pada hidung).
Septum mempunyai banyak salur darah yang mudah luka. Apabila kita menghembuskan nafas terlalu kuat atau terkena objek tajam seperti hujung kuku, darah akan mengalir keluar melalui satu daripada lubang hidung.
Pendarahan hidung anterior juga boleh disebabkan cuaca terlalu panas dan kering. Kekeringan membran hidung (lapisan luar dalam hidung) akan menyebabkan ia retak, menggelupas dan berdarah seperti yang biasa berlaku pada kanak-kanak.
Jenis kedua pula, ialah pendarahan posterior iaitu pendarahan yang bermula di bahagian hidung paling dalam yang mengalir ke mulut dan tekak ketika pesakit berdiri atau duduk. Bagaimanapun jenis ini jarang berlaku di kalangan kanak-kanak.
Beliau turut mengaitkan trauma kecil juga boleh berlaku apabila seseorang mengorek hidung dengan kuku tajam atau jari pada mukosa hidung yang radang. Ia juga terjadi apabila seseorang itu bersin dengan kuat.
Trauma membawa kepada luka pada lapisan membran hidung yang kaya dengan saluran darah.
Sementara itu katanya, tahap pendarahan bergantung kepada saiz dan jenis pembuluh darah terbabit. Jika satu arteri besar seperti yang terlibat, maka pendarahan menjadi serius dan tidak terkawal. Tidak terkecuali, rinitis ialah penyakit dalam rongga hidung yang berlaku akibat radang pada membran mukosa yang diserang virus atau bakteria atau sebagai satu tindak balas kepada alahan. Hingus yang keras dan melekat pada membran mukosa akan menyebabkan luka bila hidung dikorek. Perkara ini kerap berlaku kepada kanak-kanak.
Pendarahan biasanya sedikit dan berhenti dengan sendiri, tetapi boleh berulang. Pendarahan boleh dicegah dengan mengubati penyakit rinitis.
Kadangkala penyakit resdung juga boleh menyebabkan pendarahan. Begitu juga lapisan mukosa hidung yang terlalu kering akibat udara terlalu panas atau terlalu sejuk.
Turut dikaitkan dengan masalah pendarahan hidung ialah kesan sampingan penggunaan ubat-ubatan seperti aspirin, warfarin dan ubat antikeradangan bukan steroid (NSAIDs).
Katanya, rawatan kecemasan hidung berdarah perlu dilakukan segera untuk memberhentikan pendarahan dan mencari puncanya.
‘‘Ini sebabnya pendarahan hidung tidak boleh dipandang ringan kerana ia mungkin berkait dengan penyakit serius dan berbahaya. Sesiapa yang ada masalah hidung berdarah perlu segera berjumpa doktor untuk mengetahui sebab pendarahan,’’ ujarnya.
Antara maklumat diperlukan ialah kuantiti darah (sedikit atau banyak) setiap kali mengalami pendarahan, berdarah dari lubang hidung kiri, kanan atau kedua-duanya.
Pendarahan
Selain itu, doktor perlu mengetahui sama ada pendarahan keluar melalui lubang hidung atau keluar melalui belakang hidung dan terus masuk ke mulut. Pendarahan akan berhenti dalam masa beberapa minit atau terus berdarah tanpa henti. Pendarahan berlaku buat pertama kali atau sudah sebaliknya.
Dr. Abdul Hakim berkata, kebanyakan kes pendarahan akan berhenti selepas tindakan di atas. Jika pendarahan masih berterusan, segera bawa pesakit berjumpa doktor pakar.
Langkah seterusnya dilakukan di hospital atau klinik ialah memberi resusitasi kepada pesakit dan melakukan pemeriksaan endoskopi hidung untuk mencari tempat dan saiz pendarahan serta puncanya.
Langkah ini mungkin memerlukan pemeriksaan lanjut seperti pemeriksaan fizikal pesakit, tekanan darah, ujian darah dan pemeriksaan radiologi, jika perlu.
Apa yang perlu anda lakukan jika tiba-tiba anak anda mengalami pendarahan hidung
* Arahkan anak bertenang, duduk (jangan baring), dan bernafas melalui mulut dengan perlahan-lahan.
* Picit bahagian lembut hidung di bawah tulang hidung dengan ibu jari dan jari telunjuk. Picit sekurang-kurangnya lima hingga 10 minit atau sehingga pendarahan berhenti. Jika hidung masih berdarah terus picit lagi sehingga 10 minit.
* Anda juga boleh letakkan pek sejuk atau ketulan ais di atas tulang hidung.
* Arah meludah atau mengeluarkan darah dari mulut dengan perlahan (lembut). Lepaskan picitan selepas 10 minit dan tengok sama ada pendarahan sudah berhenti.

Bagaimana mengelakkan pendarahan hidung berulang
* Jangan mencederakan membram mukosa
* Sekiranya ada luka di membran mukosa, elak berpanas bersin dan mengangkat benda berat
* Rawat luka di membram mukosa sehingga pulih.


Ditulis oleh:
Roslah Othman
Dipetik dari:
http://www.utusan.com.my/
 
pastu aku ade jumpa 1 blog yg citer pasal hidung berdarah ni...so kengkawan leh baca di sini

0 ulasan: