Islamic Widget

our anniversary ( intan & nafis )

Daisypath Anniversary tickers

i follow...u follow...

Jumaat, 1 April 2011

PNEUMONIA

takziah blogger kak An @ http://periuktanah.blogspot.com/ diatas kembalinya anakanda tersyg iaitu adik Munirah ke rahmatullah...Smoga K.An tabah menerima dugaan ini...sesungguhnya Allah lebih mnyayangi adik Munirah...A- Fatihah..

Puncanya kematian adik Munirah adalah pneumonia...
Aku tertanya2 la ape sbnarnya pneumonia ni..then start enjin kat google..so jmpa la artikel ni...
meh kta baca sama2 n tmbh ilmu ttg pnyakit yg bleh mngancam nyawa ni.....

Pneumonia
Apakah itu Pneumonia?
Pneumonia atau radang paru-paru ialah sejenis jangkitan yang melibatkan pundi-pundi udara kecil (alveoli) dan tisu-tisu di sekitarnya. Laluan-laluan ini yang dipenuhi nanah atau mukus akan menyekat oksigen dari sampai ke dalam darah. Jangkitan ini disebabkan oleh beberapa jenis kuman seperti bakteria, virus, fungi dan mikrob.

Bagaimana anda mendapat penyakit ini?
Kebanyakan kuman-kuman pneumonia ini tinggal di dalam tekak sebagai sebahagian dari apa yang dipanggil "flora" semulajadi anda. Biasanya sistem ketahanan atau sistem imun tubuh akan menghalang kuman-kuman ini dari memasuki paru-paru dan menimbulkan masalah. Apabila keadaan badan anda lemah disebabkan penyakit kronik, tekanan, pemakanan yang tidak seimbang, kurang rehat, maka tahap keimunan menjadi kurang atau mekanisme pertahanan paru-paru menjadi lemah. Badan anda sudah tidak dapat menahan lagi serangan bakteria dari memasuki paru-paru dan seterusnya membiak di dalam salah satu dari paru-paru atau kedua-duanya sekali. Anda kemudiannya akan mendapat pneumonia, diikuti dengan selsema, bersin, bronkitis, atau penyakit-penyakit berkaitan yang lain. Atau pneumnia itu berlaku dengan sendirinya. Sekali anda mendapat serangan pneumonia, anda berisiko tinggi untuk mendapatnya lagi.

Tanda dan gejala
Kadangkala pneumonia ini mengelirukan. Ia mungkin datang dalam bentuk selesema atau flu yang kemudiannya menjadi teruk. Gejalanya berbeza-beza, bergantung kepada jenis kuman yang menyerang. Mereka yang diserang bakteria pneumonia lazimnya kelihatan sangat uzur. Gejala-gejalanya termasuklah:
Untuk kes pneumonia yang disebabkan oleh virus, ia bermula sebagai batuk kering, sakit kepala, demam, sakit otot dan kelesuan. Apabila keadaan semakin melarat, batuk mula mengeluarkan kahak dan pesakit mengalami kesukaran untuk bernafas. Bukanlah sesuatu yang luar biasa sekiranya pesakit mendapat jangkitan virus selepas serangan jangkitan bakteria. Inilah yang dikatakan jangkitan sekunder .
Demam (390-400C) dan menggigil.
Batuk yang mengeluarkan kahak berwarna kuning, hijau, keperangan atau mungkin mengandungi darah (mukus dikeluarkan dari paru-paru).
Sakit dada terutama ketika batuk atau semasa menarik nafas yang dalam
Bernafas dengan cepat dan pendek,
Kelesuan yang jauh teruk dari yang anda sangkakan.
Hilang selera makan atau perut meragam.

Tabiat yang baik
Amalkan pemakanan seimbang, banyakkan rehat dan bersenam secara tekal untuk menguatkan sistem pertahanan badan melawan jangkitan.
Jauhkan diri dari asap rokok dan lain-lain perengsa
Dapatkan rawatan untuk penyakit-penyakit yang ringan (selsema dan batuk).
Berehat dan kawal sebarang tekanan emosi yang boleh mempengaruhi sistem imun badan.
Amalkan kebersihan diri yang baik.
Rawatan
Jika anda telah didiagnos dan disahkan menghidap pneumonia, ikutilah rawatan di rumah seperti berikut:
Minum lebih banyak cecair, antara 8-12 gelas sehari . Lebihan cecair akan dapat mencairkan mukus.
Berehat secukupnya.
Berhenti merokok.
Berjumpalah doktor sekiranya....
Gejala-gejala masih berterusan.
Suhu badan meningkat lebih 380C dan berterusan.
Kesesakan nafas semakin teruk.
Batuk yang berpanjangan.
Sesak dada.
Kulit, kuku tangan dan kaki menjadi biru.
Kahak mengandungi darah.
Muntah, loya dan mengalami cirit-birit.
Fikiran terkeliru.
Kahak berubah warna.
Berpeluh dan muka kelihatan merah.

4 ulasan:

Mamma Olyn ♥ berkata... [khas utk kamu]

Al fatihah utk adik munirah.. semoga rohnya dicucuri rahmat.. Amin.. info bgs untuk semua ttg pneumonia:)

intan morsalin berkata... [khas utk kamu]

mamma olyn ;
thanks a lot coz sudi sggah sini...skrg ni mcm2 pnyakit...cam susu formula..igtkan dah bg yg bagus utk ank2..tiba2 kua isu byk gula plak dlm susu...adussss...diaorg x test dulu ke b4 this...ke sorork information...yg jd mangsa ank2 kita...sbb tu mcm2 pnyakit skrg...

Ila berkata... [khas utk kamu]

sedihkan..dah pergi ziarah ke blog dia..ape2 pun takziah

intan morsalin berkata... [khas utk kamu]

ila : dah..bru je lps sggah..
aya pon duk risau gak ni..baby sya ni selsema dah lama gak...x baik2..bla dia nak baik sya plak yg kena selsema..pastu jgkit balik kat dia...dah byk bg dia mkn ubt,...sian la plak