1. masak lemak tempoyak udang (without cili api yer )
2. sambal tempe + terung
3. ikan kerisi goreng
Kalau ikan kerisi aku suka belah belakang n sumbat ngan sambal..then goreng garing2 & makan panas2..mmg crunchy hingga ke tulang...ehe..
utk sambal sumbat kat badan ikan tu aku just tumbuk cili besar n bawang besar jer..pastu buh garam sket...sblum goreng ikan tu aku lumurkan ngan garam n kunyit....leh la goreng...
tp xde gamba ikan kerisi tau...
Sambal tempe + terung
Bahan2:
ikan bilis ( segenggam )
tempe ( sebungkus )
terung ( sebiji )
ciling kering
bawang besar
bawang putih
belacan
sos tomato ( ni kes malas nak guna asam jawa )
garam
gula
secukup rasa
sebelum tu minta maaf byk2 yer sebab xleh nak bagi sukatan yg betul sbb aku ni memasak memang jenis agak2 & main campak2 jer bahan2 tu...ekekekek
cara2:
- blender cili kering,bawang besar & belacan
- goreng bilis, terung & tempe secara berasingan sehingga garing
- tumiskan bahan yg diblender sehingga garing
- masukkan sos tomato
- masukkan garam,gula & secukup rasa mengikut selera anda
- last skali masukkan bahan2 yg telah di goreng tadi
- gaul rata & tutup api
- boleh la hidang
( tempe yang telah siap di goreng )
( terung yang digoreng sehingga layu )
( ikan bilis yang telah di goreng garing )
***gambar yang dah siap masak lupa nak snap...hahahhaha
Udang msk lemak tempoyak
bahan2 :
udang ( 15 ekor jer )
belimbing buluh ( 6 biji )
tempoyak ( 2 sudu )
santan kotak ( 1/2 kotak kecik )
air
serai ( 1 batang )
cili merah ( 1 biji )
kunyit
garam
secukup rasa
gula
cara2 :
tumbuk cili merah & kunyit ( aku x guna cili api sebab nak bagi anak2 makan )
pecah2kan serai
masukkan santan & sume bahan dalam periuk...kecuali udang & belimbing buluh
bila kuah dah mendidih...bleh masukkan udang & belimbing
bla udang dah masak...bolehla di makan...
( ni rupa belimbing buluh yg telah dijeruk oleh mak aku )
( inilah rupa masak lemak tempoyak udang yang tengah mendidih dalam periuk comel ku..ekeke )
p/s: lain org lain cara memasaknya...yang penting kena dengan selera kita n family....hehehhehe
2 ulasan:
masak lemak tempoyak udang tu kan mesti tengah masak tu bau satu kawasan kan....dappppp
hehhehe...kalau bau pon nasib la kan...
Catat Ulasan