KUALA LUMPUR – Festival Bunga dan Taman Putrajaya (Floria 2011) yang akan berlangsung pada 9 Julai hingga 17 Julai depan di Presint 2, Putrajaya memilih tema Ros Untuk Selamanya.
Menurut laman web Perbadanan Putrajaya, Floria 2011 akan mempertontonkan koleksi terbesar ros yang pernah dipamerkan di Malaysia dalam suasana taman.
“Floria 2011 bakal melibatkan pameran lebih 100 spesies bunga ros terdiri dari spesies hibrid, floribunda, grandiflora, miniature, pepanjat, tanaman renek dan pokok. Semuanya akan dipamerkan dengan rekabentuk taman di luar dan di dalam khemah pameran.
“Lebih 400 ribu tumbuhan berbunga akan dipamerkan dan sebahagiannya adalah dari spesies ros,” katanya
Tema Ros Untuk Selamanya dipilih berdasarkan simbolik bunga ros yang dikaitkan dengan elemen cinta dan kasih sayang yang berkekalan sesama manusia.Floria 2011 akan mempamerkan koleksi bunga ros dalam bentuk permaidani bunga gergasi, taman pameran dan lot jualan.
Turut diwujudkan taman terapi yang menyediakan perkhidmatan seperti urutan kaki, tangan dan bahu, refleksologi dan spa kepada pengunjung pada harga yang berpatutan.
Acara tersebut dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya dan disokong oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.
Berikut adalah maklumat mengenai Floria 2011:
Festival Bunga &
Taman Putrajaya 2011
Tarikh: 9 – 17 Julai 2011
Tempat: Pesisiran Tasik, Presint 2, Putrajaya
Tema: Ros Untuk Selamanya
Waktu Buka:
9 pagi-10 malam (Isnin-Khamis)
9 pagi-12 tengah malam (Jumaat-Ahad)
Bayaran Masuk – Percuma
Maklumat lanjut layari: http://www.ppj.gov.my/putrajayafloria/floriabm.html
p/s : kepada pencinta ros.....apalagi....serbu laaaa
8 ulasan:
aslmkm..cantiknya munger..hehe
"cajun" pic.dia dah ada saya letak kat n3 angel hair berempah pedas tu..tgkla yer..
tq anna...ekceli 1st time dgr pkataan cajun tu
Huu cantiknya bunga2 tuu... Ada ros biru lagi..!
suka sangat dengan bunga2 ni..
kamariah:memang cantik..kalau tgk real lagi best...
farah:jom gi floria...
mesti meriah kan.. mesti byk bunga cantik2!!
sana sini blogger duk citer pasal floria ni...mesti best kan dpt tgk bunga2 yg cantik depan mata...
zana: dah gi lom?
wahida : x jln2 carik mkn ker kat putrajaya ni smbil tgk bunger2x?
Catat Ulasan