Islamic Widget

our anniversary ( intan & nafis )

Daisypath Anniversary tickers

i follow...u follow...

Jumaat, 8 Julai 2011

30 Jalan Utama Di Kuala Lumpur Ditutup

Kuala Lumpur – Polis akan menutup hampir 30 jalan utama di ibu negara esok menjelang tiga perhimpunan yang akan dianjurkan Bersih 2.0, Perkasa dan Pemuda Umno.

Penutupan itu dilakukan selepas polis menerima laporan terdapat beberapa kumpula merancang berkumpul di lokasi panas.

Berikutan itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh ketika memaklumkannya meminta orang ramai menjauhi diri dari Kuala Lumpur,  jika tiada sebarang urusan.

Namun,  mereka yang menetap dan bekerja di kawasan berkenaan akan dibenarkan melaluinya.
30 kawasan yang akan ditutup kepada trafik pada Sabtu ialah, Jalan Syed Putra,  Jalan Istana, Jalan Bukit Petaling, Jalan Bellamy dan kawasan sekitar Istana Negara.

Selain itu, Jalan Sultan Hishammuddin, Jalan Lembah Perdana, Jalan Chenderasari dan kawasan sekitar Masjid Negara, sekitar Dataran Merdeka, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Kompleks Sogo, Maju Junction, Masjid Kampung Baru juga ditutup.

Turut terlibat dalam penutupan itu ialah Jalan Kinabalu, Jalan Kuching, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Laut, Jalan Sri Amar, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Haji Taib, Jalan Raja Muda Musa, Jalan Raja Bot, Jalan Raja Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Gereja, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak, Jalan Tun Tan Cheng Loke, Jalan Sultan Mahmud dan semua kawasan berhampiran.

p/s: so x yah la ngade2 nak masuk kl ye ...kot2 tiba2 teringin nak gi soping kat sogo ker..jalan TAR ker....lupakan je...

3 ulasan:

Zana Adieyza berkata... [khas utk kamu]

mesti sesak bila byk jln ditutup.. tunda shopping next week la.. hihihi

wahida berkata... [khas utk kamu]

susahkan org betul la dorang ni...negara dah aman, apa lagi nak? adeh la...

intan morsalin berkata... [khas utk kamu]

hehehe..btul tu..sume bende yg berkaitan ngan KL kena tunda la..kalau gi jugak mmg cari nahas namanya....

manusia ni x pernah kenal erti puas...dah aman tenteram pon nak cari pasal lagi