sumber :malaysiakini
Sebuah kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia cawangan Pulau Pinang berhubung dakwaan pembelian sebentuk cincin oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Ketua SAMM Badrul Hisham Shaharin berkata beliau juga akan menyerahkan salinan cetakan dokumen itu dari skrin komputer bagi membuktikan pembelian cincin berharga RM24.4 juta itu bebas daripada dikenakan cukai import.
Menurut Badrul, yang popular dengan panggilan Chegubard, berdasarkan maklumat yang diterima SAMM pada 16 April lalu, berlian yang dikenali sebagai“Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond” diterbangkan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Harga barangan itu diletakkan pada RM24,458,400, dakwanya.
Antara maklumat tertera pada cetakan komputer itu adalah:
Nama Barangan: Natural Fancy Blue Gray Cushion Cut Diamond
Nama Pengekspot: Jacob & Co dari New York
Nama Pengimpot: Datin Seri Paduka Rosmah Mansor dan Jeremi Beh Sin Tee
Tarikh Impot: 6-04-2011
Tempat Impot: KLIA
Sehubungan itu, Badrul menggesa SPRM mengadakan siasatan secara terperinci dan telus sebelum menyatakan hasil siasatan.
"Kita mendesak SPRM untuk tampil menyatakan hasil siasatan mereka kepada umum kerana ini melibatkan bukan sedikit jumlah wang rakyat Malaysia."
Beliau berkata cetakan maklumat yang diperolehi "hampir mustahil" untuk dipalsukan.
"Hampir mustahil untuk seseorang membekalkan butiran penerbangan, nama pegawai kastam yang bertugas, nama pengimport dan sebagainya," kata beliau.
"Ini mengingatkan kita kepada negara jiran kita yang pernah dihancurkan oleh seorang wanita pertama yang bernama Imelda Marcos. Kita tidak mahu negara kita jadi begitu.
“Cukuplah rakyat yang terseksa. Kita tidak mahu orang yang bernama sebagai wanita pertama bersikap sedemikian rupa." tambahnya.
Badrul turut menggesa Rosmah tampil memberi penjelasan bersabit dakwaan itu, khususnya mengenai cetakan maklumat pengisytiharan Kastam yang diperolehinya.
Beliau juga berkata syarikat Jacob dan Co yang dikatakan mengeksport cincin itu, turut dikaitkan dengan barangan perhiasan yang diguna oleh isteri Perdana Menteri.
"Jacob & Co merupakan sebuah syarikat yang berpengkalan di New York. Beberapa barang keluarannya yang terpapar dalam web sitenya, kita dapat padankannya dengan beberapa perhiasan yang sering dipakai oleh Rosmah Mansor," katanya.
Beliau juga mempersoalkan bagaimana pengimport cincin berlian itu mendapat pengecualian cukai bagi membawa masuk perhiasan itu.
"Adakah suami individu yang dinamakan di atas menggunakan kuasanya sebagai Menteri Kewangan untuk memperolehi cukai kosong itu?" soalnya.
p/s : x tau nak kate ape...kate kang jadi isu lak...x kata kang..cam nak kate....hmmmm...whatever
10 ulasan:
mahal tu..najib oh najib...macam tak lama jer dok kat takhta tu..kenapalah PM sellepas mahathir semuanya byk sgt prob....
cakap kat RM tu pangggggggggggg nak ?
wah mahal nyer..dasat sungguh
ish ish..tak tergamak aku nak komen kat sini....
hey, semalam baru ada org bercerita kat akak ttg isu ni...akak mmg payah nak caya sebarangan tp bila katanya dah ada bukti dari pihak2 yg boleh dipercayai, mata akak terus ting tong!
kalaulah mmg terbukti betul...haiiiiiii
@_@ ( hanya jadi pemerhati )
cheqna tak berani nak komen banyak....tunggu jela..
baca je lah..boleh kan...:)
pe la nak jadi ni, mmg nampak ciri2 kat RM tu.. kta xmo pemimpin kta cam gtu..ishh
no komen la. Tp nak tunggu & lihat jer...
Catat Ulasan