Islamic Widget

our anniversary ( intan & nafis )

Daisypath Anniversary tickers

i follow...u follow...

Isnin, 3 Jun 2013

PROMO SEPANJANG JUNE : MEALSHAKE!!!!

Boleh upload kat wall fb/blog/page masing2

Mealshake ni sesuai utk :

1. Orang yang takleh telan pills - Breastfeeding/pregnant/orang tua
2. Kanak-kanak: low immune system, overweight/underweight, kurang selera makan, eczema, maintain kesihatan, etc
3. Yang tak mampu nak beli ESP boleh opt for Meal Shakes sbb Meal Shakes juga protein
4. Underweight adults
5. Yang tak sempat breakfast (Tripple Gem)

Harga memang berbaloi-baloi..
Terkelip-kelip mata sbb x caya arga runtuh..hehehe

Investment yg sgt berbaloi2 utk sikecil anda.
Pada yg pernah mencuba mealshake @ pengguna setia mealshake,time ni lah korang bleh bli mealshake ngan harga runtuh & buat stock yer..mmg jimat sgt2

Pada yang x pernah mencuba,time ni ler nak cuba & memang untung sgt2 kalau mencuba di bulan June ni sbb harga memang tangkap leleh.

Mealshake + Omega Guard = Tebaik utk kesihatan & perkembangan otak anak2

Kalau korang berminat nak dptkan mealshake dengan harga superb ,bleh pm aku yer
019-2897175
fb:Intan Nurulaini Bt Morsalin
ID Shaklee : 889136


adiossssssssssss

p/s : kalau nak dpt free membership pon bleh..pape contact aku yer

Rabu, 20 Februari 2013

kematian di sana di sini

as slm kengkwn di alam maya..
suku pertama tahun 2013 aku di kejutkan dengan banyak kematian.
memula..nenek kpd kwn baik aku di kampung meninggal..pastu pakcik aku yang aku sayang plak meninggal pada 17 januari 2013.
27 hari selepas tu pakcik kat batu pahat plak meninggal sebab eksiden.
esoknya abang ipar kepada bestfren aku plak meninggal..eksiden gak.masuk kije ari rabu dapat brita pakcik despatch yg aku knal masa kije kat cheras dah meninggal sbb eksiden gak.
sumenya bwk moto..
bahaya kan penunggang moto ni..
arwah pakcik kat batu pahat ( pak usu ) eksiden time nak gi kije..keta langgar dia dr belakang..meninggal kat situ jugak..katanya rambut arwah melekat kat bonet keta tu.
bla dah kena rempuh..pak usu ni melambung atas bonet keta C**A tu..pecah kepala,organ dalaman pecah n patah kaki.

smoga roh mereka ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..aminnn

Selasa, 5 Februari 2013

hebatnya omega@minyak ikan

as slm..
ari ni nak share tentang produk shaklee iaitu omega guard @ minyak ikan.
ekceli..stiap bulan shaklee akan wat promo..cam bulan lepas promo advance joint health tablet.
so bulan ni promo omega.



ini ler rupe omega guard tu.
sbtol ade 90 kapsul..bleh thn shingga 3 bulan..wow!!jimat3x
mg terbaek la..

sempena promo ni..bli 6 btol free sbtol + free membership + bonus from shaklee!
menarik tertarik sungguh.

meh kta study kehebatan omega guard ni yer,

ni adalah perbezaan antara omega guard shaklee dengan minyak ikan yg dijual kat pasaran yer:

 1.  OMEGA GUARD SHAKLEE dihasilkan dari ikan kecil di dasar rantai makanan dimana ia kurang toksin.
 2.  OMEGA GUARD SHAKLEE dihasilakan dari seluruh ikan, BUKAN HATI ikan sahaja. Hati adalah tempat paling banyak toksin.
  3.ikan oMEGA GUARD SHAKLEE ikan diperolehi dari lautan sejuk. Ikan yang hidup bebas lebih tinggi OMEGA-3.
  4.OMEGA GUARD SHAKLEE diproses secara pharmaceutical grade, proprietary, triple molecular distillation proses yang menyingkirkan benda-benda yang tidak perlu.

OMEGA GUARD SHAKLEE juga berkesan untuk menurunkan berat badan secara selamat. 


omega guard ni sgt kaya ngan epa & dha.

Epa mencegah;
-kanser,
-pembekuan darah
-pembekuan lemak dalam darah
-kadar kolestrol berlebihan
-penyakit jantung
-tekanan perasaan
-tekanan darah tinggi

Fungsi dha;

-mencegah radang sendi
-mencegah asma
-meningkatkan daya seks
-mengelakkan kanser payudara,usus,prostat &pankreas
-mencegah penyakit kulit
-mengelakkan migrain,kebas di anggota badan serta rasa sejuk pada kaki & tangan
 
kalau bminat nak dptkan omega guard dengan arga promo yg berbaloi - baloi bleh sms @ wassup ker 011-2638 1383 yer hehehe.

[DECLARATION OF SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR (SID)]

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera 'keturunan' Nad semua!

Sejak menjadi SID, pernahkah anda declare yang diri anda ialah Pengedar Shaklee yang sah?

Bagi yang belum declare, jom declare bermula bulan ni. Kalau dah lama tak declare, kita declare lagi once in a while. Kenapa? Supaya orang alert dan ingat dalam mida mereka yang kita menjual produk Shaklee, di mana boleh COD, bagaimana nak dihubungi, etc.

Sebab orang dah ramai kenal kebaikan dan kualiti produk Shaklee. Tetapi kadang-kadang mereka tak tahu nak beli dengan siapa. Atau tak prefer beli online. Atau tak berani nak beli dengan orang yang tak berapa kenal.

Bagaimana cara nak declare?

Contoh ayat 1:

"Assalamualaikum dan Selamat Pagi semua!

Saya Nadiah, Pengedar Sah Shaklee (Shaklee Independent Distributor) dengan ID 869533 di area Miri, Sarawak.

Boleh hubungi saya (PM Nadiah Suhaidi/Whatsapp/SMS 012 229 5680) untuk bertanya lebih lanjut tentang produk-produk Shaklee. 

~ Produk Shaklee diakui produk yang BERKESAN, SELAMAT, dan MESRA ALAM. 
~ Telah berada lebih 50 tahun di pasaran. 
~ Diperkukuh dengan clinical dan landmark studies. 
~ Natural Supplement #1 di Amerika Syarikat. 
~ Paling penting, disahkan HALAL :)"

Contoh ayat 2:

"Saya Shareeza, Pengedar Sah Shaklee. ID 570945 area Seri Kembangan. Jika anda seorg yg mementingkn kesihatan & kecantikan semulajadi pastinya anda memilih jenama Shaklee. Contact me at 0163224122 jika anda perlukan vitamin utk.." blabla 

- Bagitahu supplement yang anda mmg menjadi kekuatan anda dan konfiden nak jual
- Ayat x perlu pjg sbb org malaysia malas baca
- Yg penting ayat last kasi punchhh gune lmpu ajaib
- Mcm sy bg cth tu..sy tulis jika anda pentingkn kecantikan...org baca dia akan terngiang2 dlm kepala dia>>>pentingkn kecantikan mesti pilih shaklee
  
Simple tapi pointnya DECLARE :)
 
Berapa kerap nak declare?
At least seminggu sekali. Atau maybe 2 minggu sekali. Bukan hari-hari.
 
Kenapa kena declare?
Sebab ianya marketing strategi terbaik. Indirectly tanam dlm minda kwn2 alam maya. Yang anda ialah Pengedar Shaklee yang sah. Declare tak bermksud suruh org beli. Tapi purpose utk beritahu semua org. Dan yg penting org kenal dan aware yg anda adalah pengedar sah.
 
Bagi yg ade certificate rasmi dari Shaklee Product Workshop, boleh declare anda distributor sah sambil sertakan certificate tu. Itu yg mmbezakan anda dgn yg lain :)

-Ummi Nadxoxo-
(Extracted from Jutawan)

p/s : aku lah orgnyer yg korang cari2 slama ni..ahaksss

Rabu, 30 Januari 2013

paksa belajar.

Photo: Wat matematik

ni gamba mlm td.
pas siap msk n mkn..aku paksa yaya blajar.
sib baik 2-3 ari ni mood dia ok.
bla sruh blaja..cpat je amik buku.
sbbnya aku dah upah ngan buku baru.

ari ahad ri tu gi popular kat giant nilai..smbil bli novel,
aku bli la buku utk yaya skali.

tu tgh wat matematik.
tp penat kan mgajar..
cmana la cikgu yg kna mengajar dr pg sampai ke petang.

aku pnah jd cikgu ganti kpd cikgu yg cuti bersalin.
hampir 2 bulan gak la.
aku ngaja kat sek.menengah.
kna msuk kelas tingkatan satu & tiga..huhuhu
ajar subjek sains.

asal blik dr mgaja je mmg aku melepek,
penat sehh.
pastu bdk2 ni dah tau aku cikgu ganti...xdenya dorang nak takut..
dpt lak kelas corot..mmg xterhandle dek aku.

tp bila bjalan kat tepi kelas tu mmg rasa bangga giler aaa
jln pun konfiden je..hahhaa
padahal ati kecut jer..
tp aku nakal + jahat dlu..huhuhu
masa aku jd cikgu tu..ade cikgu laki ( laki org ) syok kat aku
mla2 aku x layan..
pastu datang hangin jahat aku...
aku layannnnn.
aku layan sbb nak cedok ilmu dia..
dia pung ngaja sains
heheeheh..

tp bila aku dah abis kontrak & smbung blaja..dia still cari aku
till now pun ktaorg masih kwn..tp kwn je yer
xlebih dr tu...giler nak lebih2..kena cincang lumat ngan laki aku nnti.

aku dah knalkan cikgu ni kat laki aku..family aku pon knal..
hehehhe..
dah jd ank angkat mak aku pun cikgu ni.
wife dia pon baik ngan aku..tp wife dia x tau la yg dlu kali dia angau kat aku...
huhuhuhu...

tu lah dia..dr citer paksa anak dah melalut ke citer jaman tok kadok..korg layankan je lah..

Sabtu, 26 Januari 2013

HERBA PENAWAR

igt x dulu aku penah ade citer pasal herba permaisuri kan..tp bru intro je lah..hahaha
xsempat lg nak wat full citer paal herba permaisuri.,,sowiii!!

so ari ni aku nak citer tentang herba penawar dlu..
sgt2 sesuai utk org yang ade darah tinggi,kencing manis,masalah jantung & gout yer.
harga tersangat la murah..yg penting walaupun murah kualiti nya setanding dgn yg mahal2 tu.

lelaki & pompuan leh mkn herba penawar ni yer..
mak kepada kawan aku slalu sakit2 badan, sebelum ni maknya ska bli ubat sakit urat n sendi kat kedai2 biasa @ yg kengkwn dia jual..so kwn aku ni risau la sbb katanya x tau ape kandungan ubat tu kan,ade yg made in thailand la..

kwn aku ni blikan herba penawar ni n bg kat mak dia.
alhamdulillah dengan izin Allah,herba ni serasi ngan mak dia.dah xde sakit2 badan,badan jd ringan & yg paling penting dah x amik ubat tahan sakit & ubat yg mengarut-ngarut tu.
mmg lege la hati kwn aku tu...sape x syg mak oiiii..






so kalau korang berminat nak try @ nak bg pd parents..silakan...
jgn malu & segan nak contact aku yer..
yg duk berdekatan ngan putrajaya...bleh cod
cam bangi,cyberjaya,dengkil,..bleh je kalau nak cod
kalau nak pos pon bleh
pos mmg aku guna pos laju so utk postage rm 6 yer

silalah sms aku yer : 019-2897175

Jumaat, 25 Januari 2013

tersangat lah lebat

aduhai...time 5.30 ni ler ujan trun slebat-lebatnya membasahi bumi..
syukur dengan nikmat hujan yang Allah kurniakan.
Hopefully kat umah aku ujan x lebat cam ni la hendaknya.
bukan ape..kalau lebat sgt..jalan nak ke umah aku tu tenggelam banjir..longkang overload.

mesti korang x caya kan..kat putrajaya leh banjir..
iye..betul..sumpah x tipu!
sape yg ade relatives kat stay kat kuarters loji sungai semenyih di presint 19 tau lah cne keadaannya..sblum ni kalau banjir truk ooo...sejam lebih bru air surut..

tp smnjak dah di tinggikan jalan masuk tu..kurg la sket..tetap gak banjir n masih selamat utk diredah bergantung kepada keberanian masing2.
aku surrender awal2..keta aku rendah..kalu mampuih kat dlm banjir tu..acane nak bersoaljawab ngan laki.

harap2 x banjir ler kat jln masuk ke kuarters tu..huhuhu
dah dkat pkul 6 ni..tipon hubby x dapek la plak.
gamble je lah balik..x larat dah aku nak jd penunggu kat opis ni
k. lah..balik dlu yer

jumpa lg sok..adiossss

Rabu, 23 Januari 2013

muncul kembali

assalamualaikum...

1) maaf dr hujung rambut ke hujung kuku ek sbb dah lamaaaaaaaaaaaaaa sangat x update.
2)buat korang tertunggu - tunggu news dari aku ( wah prasan glemer gitew )

org lain dah berkoyan - koyan update nya..aku ni dah stgh tahun x jenguk blog..huhu.macam2 yg jadi tulah antara faktor aku jadi cenggini..ahaksss.sbenarnya aku dah tukar kije..heheh..dlu kat bdr sri permaisuri,cheras & skrg kat cyberjaya plak...blakang umah aku jek..kuikuikui.

sronok gilos tmpat kije dokek ngan umah ni..10mnit sblum pkul 9 pon sompek lai memecut.jalan x jem,suasana tenang..perghhh..nikmat donia.
stiap jumaat ( lunch hour)..aku msti blik umah..bperang kat dapur..masak utk diri sdiri n suami..istri mithali giteww.

Bila dah start kije kat tempat baru mmg bz lah..
ape???bos baru???hokey la ...kije mmg agak sibuk sket,especially time bos hado sbb aku ni pembuat akaun syarikat @ secretary bos..korang hadoww jawatan cam aku nih???huhuhu
jadinya ..bila bos ade..mmg nama aku je lah yg akan di panggil,di pujuk,dirayu..opsssss....(baca dek laki den ni ...teruk kna luku)

baru-baru masuk kije mmg kna blagak baik la kan..xbukak fb n blog sgala ni..bla dah lama sket bru nmpak belang- belang.ngeh3x
xdelah..aku pkerja yg bdedikasi sbnarnya..aku kna siapkan akaun utk di audit,kna siapkan management akaun utk apply bank facility,kena jaga creditors akaun..deal ngan mcm2 org..
tu yg x sempat nak jenguk blog.

hopefully kengkwn xc mrajuk yer.skrg akaun dah siap n dah antar kat auditor pun..so leh la aku relax sket.
tp bos dah request suh aku siapkan mgmt akaun utk co.kecik plak..adehhhh..bru nak bceloteh kat blog..dah ado kije baru.
korang tggulah aku jd bos ..tiap2 ari aku update blog.

actually aku dah lupa byk benda dlm berblogging ni..huhuu..nak kna study smula la nmpak gayanya..

Photo: ‎Selamat malam Sahabatku SAYANG!..
Semoga Tidur Lena Malam Ini... Kenang Daku Dalam Mimpi IndahMu..
Esok Kita Sembang Len!~
" A good laugh and a long sleep are the best cures in the doctor's book"
Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎

aku hadiahkan gamba bilik tdo yg gojes ni kat korang sebagai tanda aku dah welcome back..ahakss..

p/s: rindu nak terjah blog korang..byk beno criter yg aku dah missed..

Isnin, 23 Julai 2012

putu kacang ijo...sedappppp

ari ni bukan nak share resepi ek sbb aku pon x reti nak buat bende alah ni..
tp nak bgtau yg kwn aku duk kat kuantan wat kuih ni..
salute lah kat dia sbb pandai wat kuih tradisional

dulu2 aku xska putu kacang ijo..
pastu bla si izan ni bg sample kat aku..mak aih..sodapnya
trus aku jatuh chenta ngan putu kacang ni

Photo: PUTU KACANG HIJAU...

cantik kan...bkn stakat cantik..sodap lak tu
arga pon murah jek..
kalau kengkawan nak try @ nak wat raya putu ni..leh tinggalkan comment n sms aku ek : 0192897175

Sabtu, 21 Julai 2012

salam ramadhan

Photo

Assalamualaikum...dah lama sgt x update blog...mood dah ke laut..
hihihi..maafler...xsempat nak blogwalking ke umah kengkawan.

kat tempat baru ni aku kena kije stiap sabtu...tp 1/2 day je

mula2 tu cam xnak accept je offer ni sbb kna kije ari sabtu..pastu coti pon sket..
bila bla pikio dekat ngan umah...better offer dr segi gaji n masuk kije pkul 9...aku trima jga
kat sini aku jimat masa,myk n tol
lagipon en.somi beriya-iya suh aku accept..
katanya xdelah dia risau sgt aku duk drive gi kije..
kalau keta ade problem pon..dekat je dia nak dtg nengok

sblum aku brenti kat cheras ritu,keta aku wat hal skali jer..
sblum ni dia mmg xpnah wat hal..
tgh2 drive tu bla aku nak tukar gear mestilah kna tkan clucth n break kan ( almaklumlah manual )dan-dan tu enjin mati...klam kabut aku dibuatnya
aku ni dah la jenis bwk keta x reti nak duk lane kiri...
lane pojaan aku mestilah kanan sentiasa..wakakak
bila dah jadi cenggitu mmg klam kabut giler babas...
nak cari signal emergency pon dah ternganga-nganga...
sib baik x kna sondol ngan org blakang..

bila enjin dah mati..aku kna free gear n start balik enjin..alhamdulillah idup..
tp byk kali la jadi camtu..
nun di depan sana ade tol sg besi..cane aku nak wat ni..konfirm enjin mati lagi kang
last2 aku bwk gak keta tu sampai ke esso @ bhp ( lupa la plak..hahahha)
aku col en somi suh dia dtg amik aku sbb aku x brani nak drive..

lama gak la aku nunggu kat situ...
kol 7 baru en.somi dtg ngan kwn dia
time en somi bwk..elok lak..xde lak mati enjin...
adoyai..kang laki aku ckp aku ngada2..saje nak wat crite lak
muka dia pon cam pelik jer..apsal dia bwk elok jer
huhuhuu...keta tu saje tau...mmg nak uji aku...

now..aku dah kat cyberjaya...hihihi
10 minit je dr umah..
kalau ari jmaat lunch hour 2 jam ..mmg aku balik umah..masak2..mkn kat umah
sonokkk..
balik 5.30..5.45 aku dah sampai umah...
arghhh...syorga doniaaaa
syukur alhamdulillah
tp kat tempat baru ni mcm2 pro n kon nya..

agak2 aku dah x tahan sok ataupon dpt lg better offer..aku benti la
stakat ni ok jer..bos pon ok..
tp staff sblum2 ni ckp bos x ok..kudukut...
hohohohoho...

pasni aku kna byk2 berdoa..supaya bos aku ni jd sorg yg pemurah ngan staff...

wah...panjang entry aku kali ni....almaklumlah..bos x masuk opis..hahha
ni nak citer sal ramadhan lak..
aku dok ckp ngan yaya..sok posa tau..
kalau posa xleh makan n minum
pastu yaya ckp : ok
( wah lega aku...anak aku dah paham konsep puasa n stuju nak puasa ni )
TAPIIIIIIIIII
aku x kejutkan dia sahur..silap aku la ni sbb x bgtau dia awal2..
pastu mlm td yaya tdo dr maghrib sampai lah ke pg ni..
mmg dia tdo ngan x makan pape
of course la dia akan lapa pg ni kan
huihuhuhu

Bila dia bangun pagi td..aku ckp la lagi
ya...pg ni pose tau..
dia ckp: okkkk

pastu bla dia tgk ade kopok kat meja mkn...trus dia ckp yaya lapar la
huhuhuuhu
aku ckp lagi : kan yaya ckp nak pose..kalau pose mana bleh mkn n minum
alaaaaa...yaya lapar..yaya nak makan kopok ni
( trus dia amikkan kopok suh aku bukak  )
huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
janji palsu tau yaya ni..
kat umah mmg byk godaan utk anak2 kecil berpuasa kan

kalau kat skolah aku rasa yaya leh posa
sbb blan pose kat skolah x sdiakan mkanan..
pg2 sblum gi skolah mmg yaya x mkn n minum..
so bila dia blik tghari tu bru lah dia mkn n minum kat umah babysitter
YESSS!!
maknanya yaya dah pose 1/2 hari la
tp aku nak ckp kat babysitter tu suh igtkan yaya pose..
klau bleh jgn bg dia mkn n minum


panjang lak aku mrapu ek..
k.lah...aku nak kua pos Herba Permaisuri lak kat customer
nnti aku citer sal herba permaisuri ni ek..
mmg bgus utk kesihatan dlaman n lancarkan haid
murah jer...mmg mampu milik gitu...hihi

Sempena Ramadhan yang mulia ni aku nak minta maaf zahir n batin pada kengkawan sume.
andai kata coretan aku ni ade yg buat korang sentap..ampunkan aku ek..
Tingkatkan Ibadat Kurangkan Dosa...chewahhh
jom kita wat yang terbaik utk bekalan di akhirat kelak..

Jumaat, 8 Jun 2012

kije baru

alhamdulillah...sebelum ni aku ade citer kan yg aku gi interview kije
kalau x silap aku...ujung thn lepas..
last week bakal boss aku kol ckp aku diterima bekerja...
suke..suke..suke..

tp kat sini cuti sket jer..
pastu sabtu kije 1/2 day
tp en.somi ckp ok..n dia pun mmg nak aku kije kat situ
alasannya dekat...kalau papehal senang nak gi tgk,xyah nak ngadap jem,
jimat myk n toll

hmmmm....
aku ikut je la
en.somi ckp...bab kije ari sabtu tu,lama2 sok ok la..

bila fikirkan hal kewangan..mmg aku kena accept kije ni
better offer dari segi gaji
harap2 pasni co baru ni leh mansuhkan kije ari sabtu (hahahhaha...ko igt co.bapak ko..suke2 ati nak ubah)


kalau aku dah otai mgkin aku brani bg cadangan kat bos kot....


korang doakan yg terbaik utk aku ek....

tq..syg korang sume..;)

Isnin, 28 Mei 2012

menghilang seketika

assalamualikum....

dah lama aku x berceloteh di sini...huhuuh
bz yang teramat sgt...xsempat nak buka pun diari maya ni..apatah lagi nak ziarah umah kengkawan maya..
tuntutan kerja lebih utama...
terpaksalah aku korbankan diari maya ni

mohon maaf dunia n akhirat yer kengkawan...
bukan aku dah x sudi nak melawat korang....
bukan aku dah x sudi nak follow korang...

tapi aku x sempat...huhuhuh
aku cuba sehabis baik yer...

ni pun aku muncul skejap utk bgtau keadaan aku skrg...

actually ...aku bru pas keguguran..n dah wat D&C pada 16hb mei ritu....hari guru tu..
skrg aku still lagi berpantang n alhamdulillah semakin sihat...

doakan aku cepat dpt pengganti yer...hihih



Jumaat, 20 April 2012

tips menurunkan berat badan

ni la masalah aku skrg..nak kurus..nak diet....adoyaiiii...


3 Tips Diet: Menurunkan Berat Badan Secara Mudah

1.Pilih makanan yang berukuran besar. Sayuran dan buah adalah pilihan terbaik Anda. Kebanyakan sayuran rata-rata hanya memiliki 20 kalori berbanding makanan lain . Buah-buahan memiliki 60 kalori. Makan tujuh hingga sembilan buah dan sayuran setiap hari.

2.Tingkatkan pengambilan serat. Serat membantu merasa kenyang lebih lama. Satu kajian terbaru menunjukkan bahawa menambah 14gram serat setiap hari, selama empat bulan mengurangkan pengambilan kalori sebanyak 10 peratus, dan menyebabkan penurunan berat badan sekitar 2kg. Makanan tinggi serat termasuk biji-bijian, sayur-sayuran, kacang-kacangan, dan buah-buahan.

3.Tambahkan air. Makan makanan dengan kadar air tinggi, seperti sup ayam, mengurangkan pengambilan kalori pada waktu makan seterusnya dibandingkan dengan makan makanan kering dengan jumlah kalori yang sama, seperti ayam goreng.

Rabu, 18 April 2012

kejap ok ..kejap x...

ni kisah umah tangga aku..
opssss....bukan masalah suami istri
tp masalah kebersihan umah tangga...

adoyai..fenin2
stiap kali pas sapu @ mop lantai...
n x sampai 10 minit pon...
baru je aku park vontot nak ilangkan peluh
dak tecit epa nak wat sepah...
ngan mainan..ngan sisa makanan...

bila suh bersihkan ...dia wat xtau je..
bila ayahnya ugut nak buang mainan..bukannya nak gi kemas...lagi duk menangis ade la
pastu duk ngadu sana sini ckp ayah buang mainan adik...adoyai
last2..kakak jgak yg kemas
tp kakak pandai gak ungkit...
asyik kakak je kemas..bukan kakak yg wat sepah...tu mainan adik
nape kakak sorg yg kemas...ayah tlg la kakak...
last2 ayah pun join bkemas...hahaha
ibu????
jadi mandur la...dah penat bersihkan...so turn org lain plak la...
gile busuk ati kan...kuikuikui...






cuba bandingkan ngan gamba kat bwh ni...


licin n bersihkan...hishhhh...anak2..ni baru 2 kalau makin bertambah-tambah x tau la cne

Selasa, 17 April 2012

GEMERSIK KALBU

ni novel ke 4..

versi drama ritu aku x tengok..
tp novel ni best..
aku sure dah ramai yg baca novel ni kan..
korang pun mesti berpendapat yg " Gemersik Kalbu " ni best kan...

harganya 19.90 je tp time aku beli ni dpt less 10%..






sape yg lom baca lagi..leh la gi cari skrg...mmg best!

Khamis, 12 April 2012

memori hari kejadian...

tiada kata yg mampu diucapkan....

front page sinar harian pd 07.09.2010


alza tu keta apih


sebelum ni aku duk baca kes kamalangan org lain..ari tu aku baca kes kemalangan adik aku sdiri..

p/s : rindu sangat kat apih...dah lama x jumpa dia dlm mimpi...huhuhu...bln mei ni aku nak balik kg...aku nak gi jumpa apih....rindu sgt2

Khamis, 5 April 2012

amalan pembuka rezeki

ni aku nak share amalan yang bagus sebagai usaha utk rezeki kita...
di sharekan di sini sebagai panduan kengkawan n rujukan aku jua...
samalah kita berusaha ke arah kebaikan....

info ni aku amik dari fb : Ustaz Nasir



p/s : kita kdg2 lalai dengan urusan duniawi..sedangkan ayat2 yg perlu diamalkan tu kita dah hafal pon...

Isnin, 2 April 2012

RESEPI PHAP PHIK

resepi asal drpd Fizo Omar

Kelezzz ko jah..try resepi retis...hihihi
ekceli dah pernah mkn kat kg dlu sbb mak angkat apih ni orang alik siam
so masa kenduri arwah 40 hari kot...dia masakkan ni...

bahan :
 30gm ayam ( dipotong kecil)
kacang panjang -potong cam nak msk lemak tu
( kalau suka syur byk..buh la kcang byk2 yer )
6 ulas bawang putih
2 ulang bawang merah
cili api ( kalau nak pedas...silalah buh byk2 yer )/aku buh 3 biji je...hihii
2 btg serai
1 inci hali
daun limau purut ( dihiris halus)..kalau mls campak jer seketul cenggitu
minyk utk menumis
garam n gula secukup rasa ( aku x buh gula sbb aku guna secukup rasa)


1-sume bahan di blender kecuali ayam,daun limau purut n kcg panjang
2-bila myk dah panas..sila tumiskan sume bhn yg diblen + daun limau purut tu yer sehingga pecah myk yer
3-bila dah pecah myk...masukkan ayam...
4-ayam dah masak..turn kacang panjang lak lompat lam kuali
5-masukkan garam n secukup rasa...kalau rasa dah sedap n sume dah msk..leh la tutup api yer

kalau x ditutup kang hangit lak phap phik korang....ihihii...
senang kannnnn........
slamat mencuba yer tuan tuan n puan puannnnnnnnnnn

Jumaat, 30 Mac 2012

phap phik ayam

hihihihi...sori ler kalau slh eja yer
tp sebutannya cenggitu ler...




nanti aku buh resepi yer...bz aaa...sowiii

Selasa, 27 Mac 2012

idung haifa luka

ni kejadian pada hari ahad ritu...
kitaorang gi zoo negara..
si hafa ni sibuk duk tanya "mana tiger adik?"
yg si kaka plak sibuk duk tanya "mana zirafah kakak?"
arsyad lak duk cari kokok...
hihihih...comel je anak2 aku ni..

sibuk duk cari tiger sampai tercium jalan dak haifa ni...
nampak cam sikit...esoknya trus jadi lebam idung n atas bibir haifa
nampak comot sgt..
sian kat adik..
pas jatuh tu..trus jumpa tiger...huhuhu

ari kejadia idung merah n berdarah sket jer..

arsyad n umi...sowi na...x nampak muka..hihihi


sweet je tgk kakak pimpin adik


ina,arsyad n e.somi

burung bangau...x bape nampak sbb henpon canggih sgt

sebelum eksiden...berlari2 riang gembira

arsyad minta cekelat kat umi

ape yg bagusnya bang?

ina melayan 3 anak


 aku syg sgt2x kat anak2 aku termasuk anak arwah apih


susah gak nak suruh anak2 riang ni duk bergambar leklok..hihih

aku tnya kat arsyad...abi mana??
arsyad ckp abi kat kampung....huhuhu
mungkin arsyad bayangkan pusara apih tu abi dia...
sebak btul aku time tu...

balik dari zoo gi mandi pool plak kat umah ina..siap picnic kat tepi kolam tu...hihihi
makan nasi ayam..best...anak2 kalau dah jumpa kolam mmg xnak naik...
mmg penat betul hari tu...terbakar skit lemak aku...
berjalan 1 zoo kecuali APE CENTRE je kitaorg x masuk
aku la berlagak  xnak naik tram..konon nak jalan jer
skali...hambik ko...
mengah giler...
peluh menjejeh-jejeh



itu jeler aktiviti weekend aku..tp happy sgt sbb dpt luangkan masa ngan ina n arsyad...dpt bwk ina n arsyad jln2...pasni nak bwk ina & arsyad gi mana plak ek...bleh bagi idea x kengkawan...tempat yg sesuai ngan umur anak2 aku ler yer...

utk arsyad : ibu akan cuba wat yang terbaik utk arsyad walaupun ibu xleh jadi yg terbaik seperti abi n umi...ibu nak arsyad merasa kasih sayang seorang ayah.ayah k.yaya n haifa adlah ayah arsyad jugak..ayah juga akan layan arsyad sepertimana ayah layan k.yaya n haifa...walaupun kita jarang2 berjumpa tp ibu akan cuba utk meluangkan masa utk arsyad.smoga arsyad menjadi anak yang soleh utk bekala umi n abi..

Khamis, 22 Mac 2012

nasi dagang & nasi kerabu

dah 2 ari sarapan ngan nasi...
hancus diet aku...
huhuhuhu...
smlm aku sarapan ngan nasi dagang
nasi dagang ni bli kat pasar malam kat pekan dengkil

nasi dagang n kerabu pakcik ni mmg mabeles..
aku mmg teringat-ingat kat nasi dagang pakcik ni
tgk la karinyer...pekat..melekat..perghhh

sesape yg nak try nasi dagang best ni..silalah ke pasar mlm kat dengkil yer...
byk2 pasar mlm yang aku terjah..mmg pakcik ni la yg terbaik...
kat pasar mlm dengkil ni gerai paknik ni je yg ade jual nasi kerabu n dagang...
so..x susah la kalau korang nak cari...

 ni rupe karinya...@ gulai

ni nasinya....yummyyyy

close up dekat sket...

mak aii....sodapnyer...


nasi kerabu ni plak
sarapan pg td..
actually..mlm td gi makn kat yati ayam percik di bdr baru bangi
siap tapau sebungkus nasi kerabu + ayam percik putih utk sarapan pagi ni..
hahahhaha...hoverrr tau

sedap wehhh
ayam percik putih diaaaaaa
aku dah pesan kat en somi suh minta bahagian peha..
tp dpt bahagian kat leher tu...
huhuhu..tp ngap je ler...