Islamic Widget

our anniversary ( intan & nafis )

Daisypath Anniversary tickers

i follow...u follow...

Khamis, 10 November 2011

simple tapi slalu lupa nak amal...huhuhu

yang ni memang simple n kita tau kelebihannya n memang dah hafal pon..
tapi bila time nak tido tu slalu je lupa..
huhuhuhu...cam aku ni..tido di apit oleh 2 puteri comel...
2-2 tangan duk tepuk sang puteri
pastu mulut lak duk suh sang puteri beradu...
sambil2 tu aku yang terlena...trus lupa nak amalkan ayat2 ni...
huhuhuh..alpanya aku ngan urusan dunia...
azam aku..nak perbanyakkan amal...smoga Allah sentiasa igtkan hati n minda aku utk beramal
smoga Allah melapangkan dada ku..supaya aku boleh beribadat dengan tenang
smoga Allah terangkan hati aku..supaya aku mudah menghafal ayat2 mu n zikir2...amin

sebagai ingatan bersama...meh la kita luangkan masa utk amalkan sume ni utk bekalan di akhirat sana ;



.......dulu hamba sendiri dgr lagu2 sblm tidur..kdg2 sampai tak tertutup lagu tu..satu hari....ibuku menegurku, 'kalau lah mati dalam tidur mcm mana?? bknnya kalimah ALLAH yg didgr, tapi alunan muzik!!!'..

....jadi di sini ada sedikit perkongsian dan ingatan bg rakan2 dan diriku juga.. =)

Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur
sebelum melakukan empat perkara, yaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meridhai kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah

"Bertanya Aisyah :

"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara
seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas
tigakali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

Bismillaahirrahmaanirrahiim,

Qulhuallahu ahad' Allahushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul
lahuu kufuwan ahad' ( 3 x )

Bacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua
akan memberi syafaat di hari kiamat.

Bismillaahirrahmaanirrohiim, Allahumma sollii 'alaa syaidinaa
Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.
Astaghfirullahal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum
wa atuubu ilaih ( 3 x )

Dan, perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka
seakan-akankamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"

Bismillaahirrahmaanirrahiim, Subhanallahi Walhamdulillaahi walaailaaha
illalloohu allahu akbar(3 x )

Sekian untuk ingatan kita bersama.

* Kalau rajin..Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yang
lain...

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan (beristiqamah wlaupun sdikit) bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati...

6 ulasan:

Qhaifa Nur berkata... [khas utk kamu]

saya pun sama....

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y berkata... [khas utk kamu]

leez copy-paste, ek? nak masuk dlm 'note book'. tq for sharing..

ilmu baru nie sbb normally leez just baca ayat kursi & istighfar jer. tu pun selalu ke laut. hu3..

Tanpa Nama berkata... [khas utk kamu]

=), saya pun selalu lupa, jumpa bantal terus lena

intan morsalin berkata... [khas utk kamu]

Qhaifa & Tina : kita pon ade problem yg sama yer..igtkn sya sorg jer..huhuh

ArELeEz : bleh jer nak copy paste...bende yg baik n ilmu mesti disebarkan...ni slah satu cara berdakwah gak...mana yg baik kat dlm diari maya sya ni bleh jer di share n CnP....mek x kisahhh

intanfirdaus247 berkata... [khas utk kamu]

intan pon sempat bc doa tidur je, kdg2 x sempat da ke London dah..huhuhu

Zaitun berkata... [khas utk kamu]

Terima kasih kongsi ilmu,insyaAllah tak lupa mengamalkanya.