Islamic Widget

our anniversary ( intan & nafis )

Daisypath Anniversary tickers

i follow...u follow...

Selasa, 21 Jun 2011

Puding Roti Sos Kastard



Actually, puding roti ni masaknya minggu lepas..tapi sindrom malas tu merebak...aku peram ler dulu

jalan2 kat blog cendana kasih terberkenan la plak ngan puding roti ni...
fikir2,renung2,tenung2...baru teringat kat umah ade stok roti...just kena beli kismis & badam jer...
ok lah..set...balik kije trus menggodek kat dapur...
inilah dia rupa idaman kalbu version aku dan dunia ku..

( ni panas2 agi ni..baru kua dari oven )

  
( ni gambar dekat...atas tu aku tabur walnut hiris )

( sos kastard )

( yummy....tgk sos yang meleleh tu...)

Ni nak share resepi...tapi aku ni biasalah...kadang2 ikut resepi 100%..kalau dah dtg angin malas tu aku main belasah jer...hehehhe..jgn marah yer tuan empunya resepi ...puan cendana kasih...ampun beribu ampun

Bahan2

4 keping Roti 
*250
ml Susu segar
*2 sudu besar Gula halus
*1 sudu besar Butter- cairkan
*1 biji Telur
*1/2 sudu teh Esen vanilla
*1/2 sudu besar Tepung Jagung
*1/2 sudu kecil serbuk cinnamon ( aku x bubuh ni )
*Sebungkus kecil Kismis
Walnut hiris ( suka ati nak buh byk mana )

Untuk Sos Kastard
1/2 tin susu cair
1 s/b tepungkastad-
1 s/b gula

Cara-cara
1. Koyakkan roti dan susun dalam loyang yang telah digris dengan sedikit butter.
2. Gaul rata bahan-bahan bertanda * dan tuang ke atas roti tadi. 
3. Biarkan sebentar dalam 20-30min agar roti terendam sepenuhnya. Tambah kismis jika suka.
4. Taburkan  badam hiris atas adunan.
5. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
6. Untuk membuat kuah kastad - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat.
7. Tuang ke atas puding roti tadi.

Sedia untuk di makan..
Family aku ni kecik jer so aku wat separuh daripada adunan asal...tu pun 3-4 hari gak baru leh abis..anak2 x ska sangat
 
p/s : tiap2 ari yaya minta watkan muffin carrot...hmmm..ibunya ni mls betul nak wat..sabar yer yaya..nanti ibu buatkan yer


3 ulasan:

estee_8980 berkata... [khas utk kamu]

dapppppppppppp nak skit

Ila berkata... [khas utk kamu]

nak buat lah tapi entah bilalah kan..hehehe...

intan morsalin berkata... [khas utk kamu]

estee & ila : silakan mencuba yer..