Islamic Widget

our anniversary ( intan & nafis )

Daisypath Anniversary tickers

i follow...u follow...

Rabu, 1 Jun 2011

PETUA MENGASIHI ISTERI

n3 ni khas untuk para suami yer..kalau si suami x baca blog...si isteri bleh print & bagi kat suami baca...."renung2kan dan selamat beramal"

1. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin menyatakan "I Love You".  

2. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.  

3. Sekali sekala Tolong kemaskan katil dan bilik tidur.  

4. Tolong terbalikkan stokin atau seumpamanya untuk memudahkan isteri mencuci. Tolong buang sampah tanpa disuruh.  

5. Bila keluar out station, telefon isteri untuk memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu yang kita sudah selamat sampai.  

6. Tunjukkan kepimpinan yang baik, suami adalah ketua rumahtangga dan pendidik.  

7. Berdiskusi dari semasa kesemasa, jangan ketepikan pendapat isteri.  

8. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.  

9. Sokong pendapat isteri sekiranya beliau bertentangan dengan pendapat orang lain, tetapi hendaklah secara rational bukannya mengiyakan semuanya...... sekiranya pendapat isteri anda salah, betulkannya.  

10. Urut-mengurut isteri atau seumpamanya dari masa kesemasa.  

11. Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.  

12. Sabar dan tenang bila mendengar cerita dan masalah isteri.  

13. Pamerkan kasih sayang bila dikhalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkan beliau jauh bila berjalan.  

14. Bila berpegang tangan, jangan biarkan tangan longlai.  

15. Buatkan air minuman atau seumpamanya sekali-sekala.  

16. Bila makan diluar, jangan harapkan isteri sahaja yang memilih tempat untuk makan.  

17. Sabar bila isteri terlambat sedikit atau dengan tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan.  

18. Beri perhatian yang lebih pada isteri dari orang lain dikhalayak ramai.  

19. Lebihkan isteri anda dari anak-anak.  

20. Belikan hadiah kecil dari semasa kesemasa seperti minyak wangi, jamu atau umpamanya, kad-kad ucapan juga dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang dengan isteri.   

p/s : suami anda sume cane ek?

9 ulasan:

chichi berkata... [khas utk kamu]

terima kasih menyedarkan para2 suami..saya akan print..hehehehe

Farah Shamsudin berkata... [khas utk kamu]

thanx 4 sharingg.. :)

aDieyZa berkata... [khas utk kamu]

nice tips dear..

ariana's berkata... [khas utk kamu]

Wah..kalau lah para suami ramai yang baca..dan ikut, alhamdulillah. Time kasih sudi kongsi ye..

qemaishak berkata... [khas utk kamu]

Tak semua perfect tapi ada la yang buat dan tidak hehe bagus ni bagi hubby baca:)

intan morsalin berkata... [khas utk kamu]

Chichi:..slm perkenalan & tqvm sbb sudi singgah disini..i'll drop on your page...ehe

Farah : welcome

zana: bleh bagi hubby baca & amalkan..

ariana:syukur sgt2 kalau hubby ade semua ciri2 kat atas kan...tp bak kata qema x sume perfect..bersyukur dgn ape yg ade & berubah ke arahn kebaikan..

qema:sama la..hubby sya mmg ska kemas umah & bilik tdo..

wahida berkata... [khas utk kamu]

nak bg hubby baca...thanks dear!!

noorsafone berkata... [khas utk kamu]

salam intan..dua2 perlukan kerjasama antara satu sama lain,baru hidup lebih bahagia.

intan morsalin berkata... [khas utk kamu]

wahida : wajib bagi hubby...ehe

k.noor:hehehe...btul tu k.noor...k.noor lagi dulu mkn garam dari sya..leh la mnta advise hal umah tangga & anak dari k.noor yer