Islamic Widget

our anniversary ( intan & nafis )

Daisypath Anniversary tickers

i follow...u follow...

Jumaat, 9 September 2011

HANTU BONCENG

sana sini duk gegar gempak cakap HANTU BONCENG ni best n lawak...
katanya 5 hari tayang dah kutip 5 JUTA...
wah...rejeki3x...
tahniah pada team work n pelakon HANTU BONCENG

ekceli teringin sangat nak tengok HANTU BONCENG ni...tapi kena tggu cd kua dulu lah kot...
nak gi panggung memang x bleh la...anak tengah tecit2 agi kan...nak tinggalkan diaorang cam x patut la plak...nak gi bersosial sanggup tinggalkan anak2...kalau ade kes emergency tu terpaksa lah tinggal jap kan...

kang kalau bawak yaya...konpem dia nangis...penakut lah sangat anak i tu...huhuhuhu
kalau bawak haifa kang...takut aku yang naik bonceng nanti...
nak langgan astro first cam x berbaloi lak....save vajet sbenarnya...sampai la ni aku x pernah langgan astro first....xntah la...x berminat agi stakat ni...hehhehe....astro kena pikat aku lebih ni...


Hantu Bonceng Kutip RM5 Juta, 5 Hari Tayangan

Menurut Ahmad idham lagi, meskipun Hantu Bonceng adalah sebuah filem komedi ringan, namun ia masih lagi menyelitkan mesej berguna khususnya buat golongan remaja.

"Hantu Bonceng adalah sebuah komedi ringan yang mempunyai mesej serta mampu mengeratkan perhubungan di antara rakan taulan dan saudara untuk pergi menonton beramai-ramai. Meskipun cerita komedi namun yang ia mempunyai mesej berguna buat remaja khususnya mat rempit agar menjauhi kegiatan tersebut," jelasnya lagi.

Masih lagi ditayangkan, Ahmad Idham menyeru agar peminat kaki wayang yang belum menonton, meluangkan masa untuk melihat sendiri hasil lakonan Zizan dan Juliana Evans.

"Saya juga menyeru kepada semua pihak yang belum mahu pun yang sudah menonton Hantu Bonceng, untuk pergi ke pawagam, bersama teman-teman dan sanak saudara di Aidilfitri ini, untuk menonton filem ini.
"Ia bukanlah sebuah cerita serius tapi filem tersebut dihasilkan untuk memberikan keceriaan kepada anda semasa musim raya ini," tuturnya filem tersebut merupakan hasil sentuhan ke-23nya.

Hantu Bonceng mengisahkan dua orang remaja bernama Amran dan Kunyit yang mengilai kegiatan merempit. Tidak disangka satu pelanggaran telah berlaku selepas Amran menyertai perlumbaan haram yang mana dia menerima habuan seorang wanita jelita bernama Maya.
Akibat perlanggaran tersebut Maya mati ditempat kejadian dan rohnya sentiasa menghantui Amran. Perkara tersebut membuatkan Amran insaf dan berusaha untuk membuang badi Maya yang sentiasa menganggu hidupnya. 

Hantu Bonceng dibintangi oleh Zizan Razak atau Zizan Raja Lawak, Juliana Evans, Jue Aziz, Dottie, Taiyuddin Bakar , Zahid AF dan ramai lagi.

sumber : murai.com.

p/s : kalau sesape dah tgk HANTU BONCENG ni leh la tinggalkan komen anda di sini yer...best ke x best citer ni...kalau best leh bli cd..yeehaaaa

3 ulasan:

dakcik berkata... [khas utk kamu]

saya baru jek tgk citer nie td kat wayang..huhu
not bad la citer dia..lawak!
pastue ade jgk part mcm seram2 gitu..
anw, besh tonton utk hepy2..
sy bagi 3setengah bintang..=)

intan morsalin berkata... [khas utk kamu]

lawak yg best tu...tqvm dakcik...

kayrul-shah berkata... [khas utk kamu]

dah tengok citer nie..memang terbaik la..dah keluar astro first, tak lama lagi boleh la cari kat youtube..hehhehe