Islamic Widget

our anniversary ( intan & nafis )

Daisypath Anniversary tickers

i follow...u follow...

Jumaat, 21 Oktober 2011

BACALAH YAASIN


RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.

12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

sumber : I Love Allah SWT and Prophet Muhammad SAW(fb)

 



p/s : kalau bleh nak baca yaasin stiap hari...x dpt stiap hari...sminggu skali pon jadi ler, semestinya utk apih

9 ulasan:

Qhaifa Nur berkata... [khas utk kamu]

salam

memang besar fadilat dan kebaikan membaca ayat yassin ni..saya baca setiap malam jumaat, insyaallah lepas ni nak cuba perbanyakkan bacaan, moga diberkati

Tanpa Nama berkata... [khas utk kamu]

insyaallah, cuba untuk membaca yassin selalu

Unknown berkata... [khas utk kamu]

info yg sangat bagus, tq dik

Lady Rina berkata... [khas utk kamu]

good info..thanks...:)

intan morsalin berkata... [khas utk kamu]

Qhaifa : jom...kita sma2 cuba sedaya upaya yer

tina:moga dipermudahkan usaha utk baca yaasin

shibam:tq dear

lady rina : tq dear

anis asliza berkata... [khas utk kamu]

thanks..info yang bagus..nak cuba buat setiap hari..

intan morsalin berkata... [khas utk kamu]

anis:jom kita watyer.cuba yg terbaik utk bekalan akhirat

Kakzakie Purvit berkata... [khas utk kamu]

Kakak/family bercuti mengaji setiap hari Jumaat (selepas solat maghrib) dan ganti kepada bacaan Yaasin...

mrs kayrul berkata... [khas utk kamu]

thanks kak untuk info nie...sekarang pun tengah amalkan bacaan yassin setiap malam agar mudah bersalin nanti..