Islamic Widget

our anniversary ( intan & nafis )

Daisypath Anniversary tickers

i follow...u follow...

Jumaat, 26 Ogos 2011

SALAM AIDILFITRI


lagi 4 hari nak raya kan..cane persiapan raya...
kami anak beranak...alhamdulillah...sume persiapan dah ready..tp xde lah sume baru
cam anak2 aku...xde kasut baru pon...pakai je yg ade.

esok aku berangkat ke Muar dulu...then mlm raya balik smula ke putrajaya sebabnya en.somi kena standby...xleh braya jauh2...
raya ke 3 baru berangkat ke terengganu lak....yahoooooooooo
pastu ade kenduri kawin lak kat jeli.....ikutkan hati mls nak pegi sbb mmg cnfirm sgt2 yg jln ke jeli tu akan jem gilosssssssssssss

lagipon ni kenduri kawin anak bongsu mak sdara aku...kalau x pegi cam x sdap plak kan
redah je lar...smoga Allah permudahkan perjalanan kami...

dah masuk mood sayu ni...hukhukhuk...

jadinya...sempena syawal yang bakal menjelma ni...
Intan Morsalin nak minta maaf zahir n batin kepada rakan maya sume...kalau ade tulisan2 i yg mengguris hati kengkawan sume...maafkan hamba yer...halalkan petua petui ,info n resepi yer...

slamat bercuti kengkawan sume....





p/s : maafler x sempat nak hapdet..almaklum lah sebelum bercuti panjang ni byk keroje yg harus disetelkan...

Selasa, 23 Ogos 2011

suji kristal

ni memang biskut peberet aku....




BAHAN


250gm tepung gandum
125gm gula halus
125gm minyak sapi
pewarna pink,hijau n kuning

cara


gaulkan sume bahan hingga sebati n menjadi doh
bila dah jadi doh...bahagikan kepada 3 bahagian
kalerkan ngan warna hijau,pink n kuning
pastu amik sket stiap warna n bulatkan
blehla bakar...
aku bakar pada suhu 150 dalam masa 20 minit..
kemudia gaulkan dengan gula halus n ready to eat...
bleh jga di letak dlm paper cup...comel jer gitu

suhu n masa bakar ni bergantung pada oven memasing yer...
pandai2 la kontrol..
kalau hangit ker , x masak ker....jgn marah i plak..hikhikhik

p/s : thn ni xde biskut tunjuk2x..sume wat sdiri....vanggaaaaa

INTAN NURHAIFA ZAHRA


ni gambo dak tecit haifa...susah tol nak amik gmba btul2x..gambo dia sume sparuh2x je
huhuhuhuhu

kalau kita tnya sape adik...dia angkat tangan..
pastu dia ckp ni epa...heheheh..comel jer..

skrg ni dak tecit ni x sihat..batuk n kdg2 demam..
bila batuk tu sampai muntah..

bila kita sebut aliff...trus dia smbung baaa
bila kita sebut satu...trus dia smbung 12....huhuhuhu

haifa ngan yaya ni dah mcm kembar lak....
bila sorang mandi..sorang lagi pon berebut nak mandi..
bila sorang nak susu...yang sorang lagi pon nak susu gak...
bila sorang duk kat riba aku...yang sorang lagi pon nak jugak...
huhuhuhuh.....

dak tecit ni pon dah pandai dengki ngan kakak...
kalau pakai baju tu masing2 nak siap dulu...
sume nak menang...
abih tu camno????
terpaksalah aku uruskan adik n en hubby uruskan kakak...
kalau sorang2 mmg pening sbb masing2 nak siap dulu

gamba dia kat bwh ni sume sparuh2x jer...











p/s : canelah agaknya org yg ade ank kembar kan....

Jumaat, 19 Ogos 2011

tanda kematian

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.

Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda.

Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.




Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan:

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.

Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.


WALLAHUA`LAM.





Bila baca artikel ni wat aku tringat kat apih...mak cakap..di minggu terakhir usia apih tu...dia request mak masak mcm2...nasi myk,ayam percik,dan ade 2-3 lagi masakan mak....stiap kali dia makan tu mesti dia col aku..nak suh aku jeles...hehehhe


tapi mak terkilan sebab x sempat watkan bihun sup untuk apih...patutnya pada hari apih meninggal tu la mak nak masak bihun sup...tapi nak wat cane...ajalnya yg datang dulu...


sebelum tu apih minta maaf ngan mak sebab x dapat nak bagi mak n abah makan sedap2,mewah2....huhuhuu...tu lah buang tebiat namanya kan...


P/s : makin dekat 27 ramadhan...makin kuat ingatan aku pada Apih.....uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Rabu, 17 Ogos 2011

daging burger lauk sahur

ni lauk sahur pagi tadi..
sebenarnya otak ni dah buntu...dah x tau nak msk ape...
aku pon tnya la en hubby...suh dia listkan nak msk ape utk minggu ni...

hahhaha..dia pon duk tergaru-garu kpala...
last2 dia ckp daging burger goreng ngan sos tiram n bla bla bla.....

aku pon layankan jer...
ok gak...xpernah agi aku msk cenggini

dulu2 aku pernah makan daging burger msk kicap...
kakak aku yg msk....mmmm...not bad...
skali skala best gak kan...

( ni pns2 agi..masih dalam kuali )

( eh..cane lak leh tmsuk gamba dak cumel ni )

yg merah ijau tu capsicum 

yg ketul2 tu la daging burger

mahap la yer...gambo x clear...kamera hnpon cap ayam le katakan...hikhikhik

nak tempek gak la resepi walaupun akunyer version ni hagak2 jer

Bahan

2 keping daging burger ( direbus n potong kiub )
1 biji bawang besar yg wana kuning tu ( potong bulat )
1/2 biji capsicum hijau
1/2 biji capsicum merah
bunga kobis ( agak2 )
4 biji cendawan butang ( hiris )
sos tiram
garam secukup rasa

cara

panaskan minyak & masukkan sume bahan di atas..
masuk kan sos tiram ( sos tiram kene lebih sket utk dptkan kuah sket )
masukkan sket air...
masukkan garam
bila syur dah empuk..bleh la hidangkan...

p/s : makin lama makin beku otak ni duk pk menu....ptg ni megi goreng je kot....lallalalallal


Selasa, 16 Ogos 2011

tempat peberet


dulu2 aku cukup takut ngan tempat ni...kalau bleh aku xnak dkat langsung ngan tempat ni...
tapi sekarang...sume dah berubah...
tempat ni dah jadi peberet aku...
tempat ni yang aku slalu rindu

dulu...nampak tempat mandi jenazah pon aku dah menggigil...
apatah lagi kalau kubur...
kalau singgah masjid yg berhampiran kubur mmg aku x kan gi sorang2
aku lagi sanggup tunggu dlm keta jer...
terukkan perangai aku dulu...

tapi APIH dah merubah sgalanya...
aku dah x takut ngan kubur...
malah skarang aku suka ke kubur...

dulu sgala barang yg digunakan untuk jenazah cam bantal,tilam,kain...sume aku takut
tapi pas APIH pergi..sume tu jadi teman tido aku...
baju melayu yg masih ade bau apih....aku peluk bila nak tdo...
bantal yg digunakan untuk lapik kpala APIH...aku guna utk tido..
kain pelikat apih....aku gandingkan ngan telekung untuk aku solat...


ni lah pusara apih yang menjadi tempat wajib utk aku ziarah bila aku balik kg..
sekarang pusara apih dah berwajah baru...dah tukar kaler peach...
tapi aku lupa nak snap gamba...ehe..
skeliling tu pun dah bersih skrg ni...dah xde rumput agi
pokok puding pon dah naik tinggi..

kami sume beruntung sbb pusara apih tepi jalan utama...stiap kali lalu mmg akan nmpak pusara apih...
skejap jer..dah nak sthn apih meninggalkan kami...

seperti baru smlm...aku borak2 ngan dia
seperti baru smlm dia dtg umah aku
seperti baru smlm kami berbual bersama
seperti baru smlm kami berbuka puasa bersama





p/s : yang pastinya...aku pun akan ke sini jua nanti....

projek raya 1

ni projek ari sabtu ari tu...
actually, jumaat malam tu dah start gulung...tp x sempat abis...penat dolllll
aku wat 3 bungkus kulit popia...
jumaat mlm tu sempat gulung 2 bungkus jek...
pastu dah siap gulung..gunting lak, then masuk peti ais...hahhaha

pagi sabtu tu..pas subuh aku sambung gulung n gunting agi baki yg 1 bungkus tu..
dah siap gulung n gunting...tolak tepi dulu...kena wat kije2 lain plak
bz dollll...smentara anak2 tido ni leh la aku wat kije laju sket...xde gangguan...

aku bukak pintu & tingkap luas2..bagi udara nyaman pagi masuk dlm umah..segar n bersemangat rasanya..
pastu settlekan pape yg x patut kan dlm sinki..
sambil tu basuh baju
spatutnya baju yaya aku kena rendam ngan air panas...TAPI
aku bukan stakat rendam...tapi rebus lagi...hahhaha...padan muka ko kuman...mamposss la ko....hahhaha

pastu mnyental kasut n baju skolah yaya plak..
dah mnyental...nila kan plak...

sementara tunggu baju siap dobi...aku sapu umah n mop lantai la...
haaaaaaaa......semputttt

settle sume kije pkul 11.30 pagi.
non stop aku wat kije dari subuh...huhuh

siapkan sarapan anak2..bagi diaorg makan...
mandikan diaorg....
sume kena wat sdiri...sbb hubby kije....uwaaaa


last2 projek menggoreng popia oat aku start petang...
sementara menunggu waktu berbuka tu...aku goreng la popia ni n salutkan siap2


ni popia yg dah siap gunting

(campuran oat + gula + susu yaya = diblender )

( ni yang dah siap salut )

( ni baru stengah tpware...aku wat 3 bungkus kulit popia n dpt penuh tapawe ni )

puas ati dpt wat sdiri...kalu beli stu btol kecik tu berbelas2 hengget...aku kna wat byk sbb nak bagi mak n mak mtua...lagipun anak2 suka popia ni...berbaloi la wat sdiri kan...

p/s : walaupun lenguh2 1 badan tapi aku puassssss

Khamis, 11 Ogos 2011

lopes masam!

ni kesah pi param petang semalam...malas nak bersesak2..just pi kat presint diplomatik jer...

plan asal xnak pi param...nak masak mee goreng jer...
dah en.hubby ajak gi param...gi jelah...leh aku rehat sket

hubby bli nasi bukhari..aku lak nasi kerabu + bwg putih jeruk...mmmm...mantop

( gambar : encik google yg bagi )

iniler rupa bawang putih jeruk tu...sedap wooooooo

pastu beli air coconut shake plak....mabeless gakkkk
kat sebelah gerai nasi kerabu tu jual nasi lemak sambal udang ( RM 2 sebungkus )
apa lagi....belilah....tapi lom sempat makan agi....hahahha..ari ni lah mkn...so x leh nak komen la sedap ke x nasi lemak tu

hubby belikan kuih lopessss
tengok pada rupa lopes tu cam sodap yo..
pegang lopesnya...lombut yooo
kompen sodap ni..

tanpa pk panjang..smpai kat umah..aku buh lopes tu siap2 dalam mangkuk..bersama kuahnya skali..
padahal lagi 1/2 jam nak berbuka..buh kuah awal2 bia meresap ke dalam lopes gitu...hahahha

dah azan.....teguk coconut shakes dlu...perghhhhh...nikmatnyaaaa....sojuk yo morosap kat tokak den
pastu bru makan EL TAMRA ( silap step daaaa...patutnya EL TAMRA dulu )
pastu gaul2 nasi kerabu lak..bagi sebati.....yummy...bau bawang putih jeruk tu memang menusuk kalbu...
dah siap gaul nasi kerabu...tolak tepi jap...nak melahap lopes dulu sket..wat lepas gian....
bila suap jer....WEKKKKK....apsal air gula masam ni...hadoyaiiii...potong stim tol la
x puas ati kot2 lidah aku x betol...aku suh hubby lak try...confirmm....MASAMMMMMMMMMMMMM
mek tensionnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn
huhuhuhuhuhuhuh

dah 2 x aku terkena kat param ni...
1) ayam percik busuk
2) kuah lopes masam

WAHAI PENIAGA2 PARAM DI LUAR SANA....PASTIKAN MAKANAN YANG KAMU JUAL TU BETUL2 BERKUALITI, BERSIH n X BASIIIIII
XYAH LA NAK GUNA KUEH @ LAUK RECYCLE....KAMI BELI NGAN DUIT BUKAN NGAN AIR LIUR
TRY KAMI BELI NGAN DUIT PALSU...KORANG MARAH X?????? 
CAMTU LAH YG KAMI RASA BILA BELI BARANG YG DAH BASIIIIIIIIIIII

DUIT MELAYANG, MAKANAN MASUK TONG SAMPAH..

KALAU DUIT TU WAT SDEKAH KAT MASJID DAPAT GAK PAHALA...NI DAPAT DOSA LAGI ADELA SEBAB DUK MEMBEBEL KAT KORANG YG MENIAGA X IKHLAS TU....HUH.....WHATEVER

p/s : sakit jiwaraga aku tau...

EL TAMRA



kalau korang terror...ce teka..ce teka..pebende ni????

ngeh3x....saje nak suh bukak minda sket...pikio pagi2 ni...



bila dah nampak gmba full ni baru lah leh hagak pekebendenyer kan

ni lah kurma peberet aku stakat ni

ni citarasa aku la....jgn lak org2 YUTA nak marah aku ek...
kat umah tu ade 1 pek yuta...tapi bila simpan dlm peti ais...jadi keras..kalau mak & abah aku yg gigi x brapo nak kuek tu mmg x leh nak kunyah la..

tapi EL TAMRA ni..walaupun simpan dlm peti ais..tetap lembut gitu...

hmmmm...dapnyaaaa

p/s : tekak masing2 kan

ijoooo...

ari ni mood ijoooo...
blog pon ijoooo
bila ijoooo ni tenang n sejuk je mate memandang....
marilah kita sama2 mengijoooo diri kite...hukhukhuk


p/s : ntah pape ntah...

Rabu, 10 Ogos 2011

cara mudah mencari muka surat dlm Quran


sumber : mama yana

Mari Kita Cuba....!
Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

Tip yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.

Jom sama2 kita belajar...

Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala...

Dipanjangkan info ini..moga dipanjangkan pahala bagi yg menulisnya.
SEBARKAN...

Selasa, 9 Ogos 2011

kisah balik kg

sowi3x....

semalam x hapdet sebab MALAS!!!
hehehhe...bleh cenggitu ekkk...
bleh jer sebbb ni umah i..ska ati i ler nak M ke nak R ker
wakakakakkak

nak citer kisah balik kg ni...xde pape yg havoc pon tapi nak citer gak...ngeh3x

bertolak dari putrajay pkul 7 pagi...kononnya2 pas sahur dah nak gerak...ngokngekngokngek...pkul 7 gak bru leh gerak...
mula2 hubby drive...sampai bentong, aku lak drive smpai ke kuala berang, trg....jauh tu...
nak balik kg nyer pasal...ilang ngantuk aku...sanggup lalu jabor sebab nak cepat sampai

yg bestnya...pkul 2 ptg aku dah smpai kg....yahooooo
time tu abah lom balik solat jumaat agi....
hehhehe,.....sonok leh smpai awalll

sampai2 je mak aku tengah baring...dia cakap sakit dada & perut....lorrrrr
sebelum ni x bagi tau lak...padahal tiap2 mlm call....
ajak gi kenek x nak plak..
katanya gastrik...gaviscon yg apih blikan sebelum dia meninggal dulu xtau ilang ntah ke mana...
agaknya tikus curik kot...muahahahaha...tikus pon kena gastrik ker????

rupanya mak ni x makan nasi...x slera katanya...berbuka ngan kurma & kuih jer
sahur pon jrg sgt makan nasi...
sian mak....dia windu kat apihhh

petang tu aku bawak abah gi bazar ramadhan kat kg.raja, besut
macam2 aku beli..tapi yg hampehnya ade 1 gerai tu jual ayam percik busuk...
aku beli 2 ketul lak tu..sketul 7 hengget..
last2 buang jer 2 ketul tu...huhuhuhuhu
aku x halal mamat tu tipu aku...
huhuhuhu

time berbuka..nampak mak & abah slera sket makan...
malam solat terawih kat umah..abah jadi imam...
sedih plak..tringat solat terawih ngan apih..

petang tu aku lepak2 kat bilik apih,aku bukak almari baju dia..aku selak baju2 dia...sayu jerrr...
sedo2 jer dah meleleh...

Mulanya plan ptg jumaat tu nak gi kubur apih tp cancel sbb kat kg ( lepas solat asar )ade majlis pengkebumian 2 jenazah...xkan aku nak bawak anak2 aku pi ctu...
tu pun stiap kali lalu depan kubur apih ( kubur apih tepi jln jer )...yaya duk bising...nape x singgah kat poksu
byk kali dia merungut...
yaya pon rindu kat poksu yer,...

Pagi sabtu tu mak ajak pi ziarah sedara mak yg sakit tenat kat kg. Bukit Putera..lepas gi ziarah kat situ...shoot gi jerteh lak settlekan urusan renew roadtax & insurance myvi aku..
myvi tu aku tinggalkan kat kg untuk abah aku guna...
masa apih ade..apih yg guna myvi tu...
bila apih xde ni..aku kena uruskan sume la...
cian abah..nak wat pape kena tunggu aku balik..huhuh

Balik dari Jerteh dah pukul 2 ptg...rehat jap pastu masuk dapo..
aku gorengkan cempedak & tolong pape yg patut...
pastu pkul 4 lebih kua gi kubur lak...
bwk anak2 aku ziarah apih...
hubby bg masa aku borak ngan apih...
hehehhe..kalau hubby ade malu la ngan borak2 pastu nak leleh2...

dah puas ati kat kubur..gi bazar ramdhan lak..
mcm2 aku beli..
sume peberet mak & abah..
beli pon kat gerai peberet diaorg
makcik yg jual lauk pauk tu mmg kenal aku n memang murah....
aku bli ayam percik 2 ketul,ikan bawal msk merah 1/2 ekor,kerisik jantung pisang,kerabu perut lembu,solok lada...sume tu baru 24 hengget...leh mkn smpai ke sahur

Pastu aku jumpa ayah kpd kwn sek rendah aku...aku tegur la dia

Aku : pok soh sihat lagi dih leni...Biah duk mano loni?
Pok soh : biah ado duk dumoh
Aku : biah sihat ko?
Pok soh : sihat...
Aku : Pok Soh kenal dok kito ni sapo?
Pok Soh : mmmm....dok brapo nok ingat...mu anok sapo eh?
aku : anok lan atas bukit tu
Pok Soh : laaaaa....mu intan.....isk3x..lamonyo aku x tengok mu....la...dok seko mu kenal agi pok soh
aku : mesti la kenal...kecik2 dulu kito sokmo duk main kat umoh pok soh kan...
Pok soh : yo la...wei laaa...aku dok cam doh mu ni intan...


hehehehe...sonok gak dpt jumpa pok soh ni...

Ptg sabtu tu hari ke-2 aku berbuka puasa kat kg...sronok tgk mak & abah makan menambah2..sayu pon ade...kalau la aku duk dekat..tiap2 ari aku leh balik berbuka ngan diaorg....

Soknya ahad..aku dah nak balik putrajaya..skejap je rasa masa berlalu...

bila nak balik..yaya meraung2 suh atok n nenek ikut...
adoyai...makin wat aku sebak la yaya ni....

Alhamdulillah aku dah slamat smpai ke putrajaya lebih kurg pukul 6.30 ptg..sempat singgah bazar ramadhan kat Bandar Tasik Selatan.


p/s : pih....kita jumpa pas rya ke 3 lak ek...insyaallah

Khamis, 4 Ogos 2011

balik kampung...hohohoho..balik kampung...

yahooooo...cuti dah approved..sok pas sahur @ subuh nak bertolak balik trg.....
sonok sgtttttttttttttttttttttttttt

mak & abah dah simpankan durian...
nak gi bli ikan2 fresh...
gi bazar ramadhan....nak beli kerabu perut lembu & ayam percik...yummyyyy
harap2 makcik peberet aku tu meniaga agi ler tahun ni

kalau dapat sotong segar ...nak request mak wat ketupat sotonggggg
perghhhhh...bestnyaaaaa

dan yang paling penting.....
aku nak gi jumpa apihhhhhhhhhhhh
aku nak bagi tau dia..pagi raya aku x sempat nak beraya ngan dia....
raya ke 3 baru aku leh jumpa dia....
sob..sob..sob....


x sabornya nak tunggu esok...


p/s : harap2 sampai kat kg sebelum berbuka.....Ya Allah permudahkanlah perjalanan kami esok...lindungilah kami dari segala bahaya...aminnn.....

Selasa, 2 Ogos 2011

AIS MEMBUNUH!!!

Hebahkan kepada kenalan anda dan yang anda sayangi : Kesan Minum AIS   Baca dan terus sebarkan kepada teman dan kenalan anda.  


     Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas ....   


 Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!.  Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah  akan mendapat faedah dari amalan ini.    


Kepada sesiapa yang suka minum AIS,   


 Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan..tambahan pula pada bulan puasa, lagi la dahaga..minum air batu punyalah banyak..tak terkata dahaga kononnya.. 


Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak  yang baru kita makan.  
Ia akan memperlahankan penghadaman kita.    


Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan   menyebabkan lemak. berkumpul dan kita semakin gemuk dan   menuju  ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.  
Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.       


:Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!    Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.    Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.    Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada  serangan pertama  serangan jantung.    Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa.  Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur.    Marilah kita berwaspada dan berhati-hati..    Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup...  PAKAR SAKIT JANTUNG berkata, jika semua orang yang mendapat artikel  ini menghantar kepada 10 orang yang lain, beliau yakin akan dapat menyelamatkan satu nyawa.  Baca ini..... ia juga mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda!!!!.    **Jadilah teman yang setia dan teruskan menghantar artikel ini kepada teman-teman yang anda sayangi.....!!!!