Islamic Widget

our anniversary ( intan & nafis )

Daisypath Anniversary tickers

i follow...u follow...

Khamis, 28 Julai 2011

senja yg mencabar...

n3 sebelum ni tentang cabe nak control marah kat anak kan...

ni nak citer kes petang semalam.....
petang semalam aku balik kije lambat..pkul 6 lebih baru kua opis..sampai umah dah dekat pukul 7...
ingatkan hubby dah gi amik anak..upanya dia gi mengayuh beskal...
huhuuhu....
pas amik anak ...terus balik umah & ke dapo...
adoiii....botol susu tersusun ...lom basuh...tu botol susu yg malam smlam nyer
pagi x sempat nak basuh...

bia dulu la botol tu...masak dlu.
plan mkn bihun goreng jer...
tgh duk kelam kabut kat dapo....hubby lak nak gi surau...

anak dah wat perangai nak ikut ayah gi surau..
dapur tengah berasap..nak pujuk anak lagi...
kelam kabutnya aku ....
cepat2 masak sambil haifa duk merengek...
dah siap bihun diaorang aku bagi la sepinggan sorang
yang kakak ok...mkn elok jer

yang si adik ni..tengah merajuk...huhuhu
bila aku bagi bihun...dia tolak pinggan bihun tu ngan kaki...
terlangkup pinggan tu...bersepah bihun atas lantai....
adusssss....geram tu....mulut aku dah bising...pot..pet..pot..pet...
yang si adik lak duk nangis x abis2 agi....arghhhhhh
kena tepuk betis 1x.....

tengah duk kelam kabut nak bersihkan lantai tu..aku leh terlanggar lak rencah bihun utk aku n hubby nyer...
adoiiiii....dah berterabur dlm sink.....STRESSSSSSS...

adik dah ok..aku bagi dia mkn bihun..aku biakan 2 bradik tu makaan...suka atilah korang nak sepah camana pon...
aku tinggalkan diaorg..pi solat mgrib jap...
pastu si adik ni plak u..uk...

huhuuu...bawak yaya & adik gi mandi...
sambil diaorg mandi tu aku kemaskan sepah2 yg diaorg makan tu

dah siap mandi...siapkan pakai baju lak...
pastu goreng bihun utk aku n hubby lak...
sambil2 tu basuh pinggan mgkuk...

dah siap...baru je nak duduk...nak susu plak...
adoyaiiii...wat susu plak...
pastu yaya suh wat eskrem pink...
mmmm...buatkan jap....

badan dah melepek ni...

dah settle sume...sesi lipat kain lak..
yg 2 bradik ni plak duh bgaduh...berebut mainan plak...huhuhuhu
ibu mmg dah x larat ni nak oiiii
sik bergaduh jer 2 bradik ni..
pastu haifa sepahkan skotak tisu...
aku biarkan jer...aku dah x larat...
bia ayah diaorg tengok cane kelam kabutnya aku duk umah jaga anak sorg2..

hubby balik jer...aku pass jer dak berdua tu kat dia...
aku nak relax plak....
aku pun perlukan masa untuk diri aku sdiri...

pompuan ni mmg x kan abis kijenya...hhuhuuh

p/s : aku penattttttttttttttttttt

Mengatasi masalah kuat marah pada anak

Kanak-kanak  dalam  lingkungan  umur  2-7  tahun  memang sering dilabelkan  lasak  kerana  ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga  didapati  ‘tidak  dengar  kata’.  Apa  yang  berlaku  ialah ketiadaan komunikasi  dua  hala  di  antara  ...ibu bapa dan anak.

Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian  kepada  suara  ibu bapa.  Sebaliknya  perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai.  

Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan mereka  tidak  mempunyai  pengetahuan  (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja  belajar  bercakap,  oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah  sebenarnya  yang  dimahukan  oleh  anak. Maka jadilah anak tersebut menjerit,  membaling  barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran frustration  (kekecewaan) kerana  hajatnya  tidak  difahami  dan  dipenuhi.

Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya. Justeru  itu  siapakah  yang  bersalah?  Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak  berusaha  untuk  memahami  kehendak  si anak.   

Ada beberapa tip yang boleh ibu bapa berusaha mengatasi masalah ini :  

1.  Kanak-kanak  sangat  memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua  ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan  mengalihkan perhatian kepada ibunya. Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang anda  lakukan  dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya.  Berapa kali kah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact  sangat  penting  di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.

2.  Sebaik  sahaja  ibu bapa  pulang  dari  bekerja  dan  mengambil  anak  dari nurseri,luangkan  masa  setengah  jam  terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus  ke  dapur  memasak,  angkat kain dsb. Berikan perhatian  kepada  anak.  Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di  rumah  bersama  bibik  atau  di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta  nyatakan  di  telinganya,  papa/mama  sangat  sayangkannya.  Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah puan minta diri untuk ke dapur dsb.  Insya  Allah  anak  akan  lebih  mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.

3.  Ajarkan  anak  dengan  perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan  sesuatu  dan  ibu bapa  tidak  dapat  berikannya  kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan. Jangan buat tak tahu  sahaja  atau  bersikap  acuh tidak acuh kerana sebenarnya ibu bapa sedang mengajar  anak  agar  tidak  menghiraukan  ibubapanya  sekiranya  ibu bapa pula yang memanggilnya.  The  right  way to make her listen to you is by listening to her  first.  Kita  tidak  boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah  tidak menjadikan  ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru  setiap  perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.

4.  Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya  yang  tersendiri.  Anak  yang  suka menjerit walaupun tidak mempunyai  apa-apa  sebab boleh dikategorikan sebagai personality Sanguine. Anak  ini  memang  sangat  sukakan  perhatian.  Oleh  itu  jika  anak  ini menjerit, berilah  perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan  sekiranya  dia  menyanyi  dengan  kuat dsb. Walau bagaimanapun, ibu bapa boleh  mengajarkan  kepadanya  bahawa  perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus  kerana  boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.Sekiranya anak suka  menjerit,  tuan/puan  boleh  suruh  dia  mengadap  dinding yang kosong dan menjerit  di  situ  berulangkali  sehingga  dia letih. Insya Allah dia akan kurang  suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin  dia  akan  berhenti  menjerit atau membuat perangai beberapa hari. Sekiranya  dia  mengulanginya  semula,  puan suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan. Berikan dia hadiah  (mknan kegemarannya  dsb)  jika  ibu bapa dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang  menjerit  dalam  satu  hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya,  papa/mama  beri  hadiah  coklat  kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama tidak menyukai perbuatan tersebut.

5. Sentiasa ingatkan diri  dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah  anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian  terhadap kelebihan tersebut, jangan  ingati  kekurangan  anak  dan doakan setiap kali selesai sembahyang  agar Allah memudahkan ibu bapa mengubah sifat negatifnya. Bayangkan anak  dengan  semua sifat-sifat positif yang kita inginkan setiap kali ibu bapa berinteraksi  dengan  anak.

Boleh  juga ibu bapa cuba berbuat demikian setengah jam setelah  anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya : usapkan dengan lembut di  ubun-ubun  kepalanya,  cium  dan bacakan selawat serta sebutkan harapan ibu bapa kepadanya. Misalnya ‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan  perkara spesifik yang ibu bapa mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa/mama  harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘mpapa/ama tak  suka  kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan  didapati  sangat berkesan jika dilakukan berulangkali.

 Ibu bapa  Islam juga boleh membacakan  surah  AlFatihah,  Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan.   Mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar.  Semoga  ibu bapa  lebih  bersabar,  jangan  ignore  anak dan cubalah memahaminya.  Fahami  dunia  anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan.  Bayangkan  perasaan  anak  apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba  dibuatnya  hanya lah  meneroka  alam sekeliling. Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapa lah yang membuat peraturan, disiplin dan juga  galakan kepada anak. Belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya.  Jangan  berputus asa dengan anak kerana  ia  akan  membuatkan  anak  berputus  asa  terhadap  kita  sebagai ibubapanya.       .

Selasa, 26 Julai 2011

tiba2 sentap

bestfriend apih post statement kat FB apih..Aku sentap..sedih,rindu yang membuak..x pasal2 aku mleleh tghari ni

" Semoga kamu di tempatkan di kalangan org beriman.. friend forever "

ayatnyer biasa je tapi buat aku terharu & sedih sangat...
Diaorang berdua ni memang kawan baik sejak dari Poli sampailah nafas terakhir apih...
Huuuuuuuu

Pih...aku rindu sangat kat mu...
Dah lama aku x mimpi mu...
Ramadhan ni aku nak balik jumpa mu pih...
walaupun aku memang x plan nak balik & xde bajet utk balik...tapi aku sanggup pih...
aku sanggup kuarkan saving aku...
aku nak balik!!!!!

aku nak gi jumpa mu...
aku nak duk puas2 kat tempat mu
pagi raya aku x sempat nak beraya ngan mu pih...
mungkin raya ke 3 baru aku balik pihhhh

minggu lepas aku tringat sangat kat mu
sbb tu aku nak balik kampung...
lagi pun aku kesian kat mak & abah...
xde org balik jenguk dia...
huhuhuuhuh

p/s : rindu yg tiada henti....

ISTERI JIMMY SHANLEY DEDAH PUNCA KERETAKAN MAHLIGAI

sumber :mstar

(Suhaila mendakwa Jimmy pernah memukul dan mengongkongnya. Foto NORAFIFI EHSAN )


PETALING JAYA: Setelah sekian lama berdiam diri, isteri kepada pengacara Jimmy Shanley Norjahan Saleh, iaitu Nursuhaila Eliani Suhaimy, mendedahkan faktor utama berlaku keretakan rumah tangga mereka adalah disebabkan suaminya itu pernah memukulnya serta terlalu mengongkong.

"Saya tidak suka Jimmy kerana perangainya pelik yang bukan seperti orang biasa. Semasa majlis pertunangan kami, rombongan pihak lelaki yang hadir hanya lima orang sahaja dan semasa majlis akad nikah, rombongan pihak lelaki tak sampai 10 orang... itu pun di kalangan ahli keluarga sahaja.

"Tidak ada artis atau selebriti yang hadir bagi pihak dia (suami). Untuk pengetahuan umum, itulah perangai Jimmy Shanley yang tidak mempunyai kawan," ujar Nursuhaila dalam satu kenyataan bertulis yang diedarkan kepada para wartawan dalam satu sidang akhbar khas yang diadakan di syarikat milik keluarganya, Perwanza Enterprise (M) Sdn Bhd, di Damansara Damai di sini, Isnin.

Suhaila, 25, berkata, sejak berumah tangga pada 1 Oktober tahun lalu, kehidupannya tidak tenteram kerana mereka sering bertengkar disebabkan Jimmy,32, enggan membenarkan dia keluar bersama rakan-rakan.
Malah dia menyifatkan Jimmy sebagai seorang yang "pelik" dan enggan bercampur gaul dengan ahli-ahli keluarganya yang lain dalam apa-apa majlis yang diadakan.

"Dia ingat dia tu superstar tak layak untuk bergaul dengan sanak saudara saya. Setiap kali majlis kenduri diadakan oleh bapa saya, Jimmy jarang bertegur sapa dan bersalaman dengan sanak saudara kami.


( Suhaila akhirnya "membuka mulut" kenapa dia enggan bersuamikan Jimmy. )


“Paling teruk saya pernah dipukul lebih kurang empat hingga lima kali sepanjang sebulan bersamanya. Sebelum akad nikah dan semasa berbulan madu di Koh Samui (Thailand) saya juga mengalami peristiwa yang serupa.

"Selama ini saya berdiam kerana tak nak publisiti murahan...saya orang bisnes dan tak suka publisiti macam ni.Banyak lagi yang saya pendamkan dan tak perlu dihebahkan kepada umum," ujarnya.

Tambah Suhaila, dia tidak faham mengapa Jimmy tidak cuba untuk berkomunikasi dengannya setiap kali mereka menghadapi masalah tetapi pengacara itu lebih senang mengadu kepada ibu Suhaila, Muniroh Kasim.

Dalam pada itu, Suhaila juga mendakwa, Jimmy tidak membuat sebarang pembayaran kos rawatan bersalinnya, bayaran mengurut mahupun wang untuk membeli lampin untuk anak mereka Zahrah Shanley yang lahir pada 24 Jun lalu.

"Dia kata dia seorang yang bertanggungjawab... semestinya dia sudah membuat persiapan tersebut dan bukan cakap kosong di media sahaja.

"Selepas bersalin, saya tidak pernah pun menghalang dia untuk berjumpa anak kerana saya tahu, Zahrah juga memerlukan Jimmy dan saya tidak akan halang kasih ayah terhadap seorang anak," ujarnya.


( Jimmy dan Suhaila hanya mengecapi kebahagian selama 10 hari perkahwinan mereka. )


Sementara itu Jimmy yang dihubungi mStar Online bagi mendapatkan reaksi ke atas dakwaan-dakwaan yang dibuat isterinya itu tidak menafikan yang dia pernah memukul Suhaila.

Tetapi katanya, dia berbuat demikian kerana isterinya telah mengingkari nasihatnya.
Peristiwa itu kata Jimmy berlaku sebanyak dua kali sahaja iaitu selepas perkahwinan dan semasa berbulan madu.

"Ya, memang benar. Saya pernah memukul Suhaila pada hari ketiga perkahwinan dan hari kedua kami bulan madu. Kejadian itu disebabkan dia mengingkari nasihat saya. Tetapi saya tidaklah memukul sehingga mencederakan dirinya,” ujar Jimmy.

Tambah Jimmy, dia tidak pernah mengongkong kehidupan Suhaila sebaliknya cuba mendidiknya menjadi seorang isteri yang baik selain memintanya mengurangkan aktiviti yang sering dilakukan semasa hidup sebagai seorang bujang.

Paling menyedihkan kata Jimmy sepanjang sebulan selepas perkahwinan, dia hanya sempat bersama Suhaila selama 10 hari sahaja dan selepas itu isterinya cuba mengelak untuk meluangkan masa bersama selain lebih pentingkan rakan-rakan berbanding suami sendiri.

Mengenai tuduhan Suhaila kononnya Jimmy tidak membayar kos bersalin, katanya masalah itu timbul kerana dia sendiri tidak diberitahu mengenai hari kelahiran anaknya.

"Saya hanya diberitahu menerusi SMS pada hari kedua bahawa anak saya sudah dilahirkan tetapi dia tidak beritahu saya bila dia akan keluar (wad) jadi macam mana saya mahu menjelaskan bil perubatannya itu?" soal Jimmy.

Mengenai dakwaan isterinya yang majlis perkahwinan mereka tidak dihadiri oleh rakan-rakan artis yang lain, Jimmy mengakui memang dia tidak ramai kawan rapat.

Jimmy juga bertegas, setiap kenyataan yang diberinya selama ini bukan kerana ingin meraih publisiti murahan sepertimana yang didakwa kerana sepanjang tujuh tahun bergelar selebriti, dia tidak pernah mencetuskan sebarang kontroversi murahan.

Tambah Jimmy, dia juga mengakui, sepanjang masalah rumah tangganya berlaku, dia sering mengadu kepada ibu mertuanya tetapi itu berlaku kerana kesukaran untuk berhubung dengan Suhaila sendiri.
Jimmy dan Nursuhaila diijabkabulkan pada 1 Oktober 2010 dengan hantaran sebanyak RM31,186 yang diambil bersempena tarikh lahir Nursuhaila pada 31 Januari 1986.
Majlis resepsi untuk meraikan pasangan tersebut diadakan sehari selepas itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Kemelut rumah tangga mereka mula diperkatakan pada 11 November lalu. Jimmy memfailkan permohonan kembali taat dan nusyuz terhadap isterinya selepas mereka tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010.

p/s : kalau nak mengajo istri pon jangan la sampai naik tangan...kalau aku lah..baru 3 ari kawin dah kena pukul..aku pon CABUTTTTTT....

THOMAS HITAM


weekend ari tu balik muar tapi x tido kat kampung..tido kat umah kakak ipar di Bakri...
petang tu konon2nya nak naik bot..nak menyusur sungai muar...
huhuhuhuhu....

tapi masing2 dah lemau...pas Asar tu masih duk tergolek agi...
pukul 6 lebih baru kua umah menuju ke Tanjung ( kat Bandar Muar )..
sampai kat bandar..jalan jem la plak..upanya ade jalan yang tutup...
anak buah cakap..Sultan Johor ade kat Istana yg kat tepi sungai Muar tu..sebab tu jalan tutup

Jadinya lambat la sket sampai ke tanjung tu
bila sampai kat tanjung tu..bot yg terakhir dah lepas....
huhuhuh...x merasa nak menyusur sungai Muar
last2 layan je lah yaya & haifa main buaian
pastu hubby gi beli mi siput...
perghh....sodap weh
sambal yg buat mi siput lagi sodap...
memang mabeles!!

bukan siput dijadikan mee...korang jgn fikir cenggitu plak yer...

( kalau yg ini...aku pon x slera nak ngap...hehehe )


( iniler rupe mee siput tu.....sumber : http://meesiput.com )
TQVM yer tuan tanah pinjamkan gambo...

Pas dah puas main...mak mertua aku nak makan mee bandung plak...so menapak la ke food court kat tanjung tu...
nak dijadikan cerita..kat situ ade Thomas & friends kate yaya...
time tu dah nak maghrib..dia sibuk nak gi tgk Thomas...
Thomas tu jauh sket...ujung food court nuh...dah la kena lalu pokok besar2 yg ade tali cam tarzan tu...
tapi sib baik kat pangkal pokok tu ade lampu kaler2...xde la seram sangat
sambil lalu tu aku ni duk baca la pape yg patut..yer ler..waktu hampir maghrib kan...makhluk2 Allah yg lain memang suka time remang2 senja ni..

Sib baik ade sekumpulan cina pompuan duk borak2 kat Thomas tu...
tapi cina tu bawak anjing comel...
aku dah cuak..kang yaya pi pegang anjing tu..,.naya aku
awal2 aku pesan..Yaya x leh pegang anjing tau..

yaya : yelah ibu..yaya x pegang..yaya tengok jer..tapikan kenapa anjing tu comel sangat..kita patut bela anjing tu ibu....

Adoyaiiiii!!!!

sampai kat thomas tu aku nak amik la gmbar dia ngan thomas...

Yaya: nanti dulu..yaya nak tengok muka dia jap...nape x sama pon cam thomas yaya...nape dia itam sangat...

ADOYAIIII!!!!

Banyak songeh btul budak yaya ni...

Last2 memang xnak bergambar langsung ngan Thomas tu...

Aku dah geram...aku snap je gamba dia tgh korek idun....hahahha

( ni tgh duk melombong bijih )


( duk tengok thomas dari jauh )

( inilah rupe thomas yg itam tu )

penat aku jalan jauh2..igtkan nak bergambar ngan Thomas...jangankan bergambar...sentuh pon x nak...suh naik atas thomas pon x nak...dia cakap..thomas tu dah itam...dah buruk..dah runtuh..dah bocor...macam2 la alasan dia bagi...

p/s : kejar2 balik umah sebab nak tgk bola...gamat umah duk bersorak bola..dah macam kedai mamak plak...walhal..ramai pompuan dari laki kat dalam umah tu...ngeh3x..


Jumaat, 22 Julai 2011

PETUA WARDINA MENDIDIK ANAK SOLAT

Note yang ditulis oleh Wardina :
sumber : di sini

BERBALOI PENAT LELAH KU…

Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda…

I have to share this with you… because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off…I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday…we had a talk…(check note lama) tapi preparation since 6 la…

tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat….she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that – because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti….But it is very important to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal – kena make sure – every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat

2) I Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together….kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the surau) -lepas solat time tu lah peluk cium, senyum – i always kiss her at the head and say “Barakallahufiha” Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah….make her never miss her solat Ya Allah…..kuat2 bagi dia dengar….

ps:- kalau kena amik cuti ambillah – bukan waktu exam je amik cuti – buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! “mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!”

3) Selalu cerita how IMPORTANT it is to solat..how Allah is watching us… how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah…..TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat…acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat….itu semua kerja SETAN! Fight them off….! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that….we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat…..

4) Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5) kalau dia tinggal – DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember – and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok…but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah….tadi memang datang lambat…i was loking for her..and guess what????
She was actually praying her Asar prayers…sorang je kat dalam surau tu….i wanted to pengsan and cry…she did all by herself…. i pun told her how happy and how proud i was of her…i tanya dia kenapa? dia kata “Amna ingat apa Ummi cakap”…..cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia….and called nenek at Australia…now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

And the foundation is – to start them off right – solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!I love you all!!! Good night….. But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu…anak ketam tak boleh diajar berjalan terus…fahamkan?

Rabu, 20 Julai 2011

jika anda sayangkan suami

Selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga ayahnya itu hampir ke neraka. Selangkah seorang isteri keluar rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga suaminya itu hampir ke neraka.

Kalau sayangkan suami..lakukanlah semua ni demi lelaki yang di cintai...marilah kita sama2 berubah..

1. Bulu kening
– Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari (Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)


2. Kaki memakai gelang kaki berloceng
– Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari (Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.
.
3. Wangi-wangian
– Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidung belang – Petikan dari (Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban)
.
4. Dada
– Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari (Surah An-Nur Ayat 31.)
.
5. Gigi
– Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
.
6. Muka dan leher
– Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan :  Sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
.
7. Muka dan Tangan
– Asma binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari (Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)
.
8. Tangan
– Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari (Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)
.
9. Mata
– Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari( Surah An Nur Ayat 31.)
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)
.
10. Mulut (suara)
– Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari (Surah Al Ahzab Ayat 32.)
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari (Hadis Riwayat Ibn Majah.)
.
11. Kemaluan
– Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari (Surah An Nur Ayat 31).Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)
Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari (Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)
.
12. Pakaian
– Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.)
Petikan dari (Surah Al Ahzab Ayat 59. )Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya – Petikan dari (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
.
13. Rambut
– Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya – Petikan dari (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

p/s : byk bende nak kena berubah ni...

Selasa, 19 Julai 2011

cekodok bilis + sambal kicap

balik kije petang semalam terus shoot ke umah pengasuh...
aik...sonyap sunyi je umah nyer...
mana anak2 aku...
pintu bukak...bila pi jenguk...upanya 2 beradik tu tengah lena di ulit mimpi..ekeek

just amik beg diaorg jer..bagitau kat anak pengasuh tu...nak balik solat asar dulu la
dah siap solat..intai2 gak kot2 diaorang dah bangun...
nampak cam line clear jer...
masuk dapor jap...bancuh cekodok bilis...
hubby pun lom balik agi...

pastu tringat yaya duk request eskrem pink..dah banyak ari dah minta
tapi ibunya ni MALAS....wat dek jer...
teruk aaa aku kan...ank minta pon leh wat dek jek

sambil goreng cokodok..aku wat eskrem pink...
tengah goreng tu ..yaya balik...
tanya yaya..adik dah bangun lom...
yaya cakap adik tido lagi...
leh la abiskan goreng ni...
sambil goreng sambil jemur kain yg en hubby dah basuh pagi tadi
multi task tau...hahahha

elok2 je siap cekodok..hubby pon sampai umah...x sempat nak gi amik haifa..anak pengasuh tu datang anto ke umah...hehehe

meh la layan cekodok bilis ngan kopi panas...

( tgh duk dlm kuali pon nak hambik gambo )

( dah msk..yang garing utk aku..yg lembik utk anak2 )

( sambal kicap peberet aku )


( air kopi...aku syg gelas ni...hehheehe...hadiah kawin tu )

p/s : sonok tgk haifa makan cekodok ngan sambal kicap..mmg hebat dak tecit ni..ume dia ngap...yang yaya lak...antu mayonis...sume bende nak mkn ngan sos putih...huhuhu

feberet i....

ari jumaat ptg ari tu...aku masak spageti...hehehe
ni mmg peberet aku ni...
kalau spageti yg kat kedai tu kadang2 rasa kuahnya x kena ngan tekak aku
dan smestinya bagi aku...spageti yang aku masak lah yang PALING SODAPPPPPPP
ngeh3x....
( sape lagi nak puji kalau bukan diri sdiri kan )
sume dah tau resepi spageti kan...xyah lah aku share...just nak share gambo jer
tapi gamba pon x clear sgt sebab hanpon aku kan special...kuikuikui....

WORDLESS :-

( yaya punyer...spageti + sup ayam )


( haruslah aku punyerr...2x tambah ko )


( kuah baru masak )


( ni kalau x kenal..x tau la nak ckp hape...kuikuikui )

p/s : nak mkn spageti lagi la...huhuhuu

Jumaat, 15 Julai 2011

cincin 73 juta!!!...ade brani??

sumber :malaysiakini

 Sebuah kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia cawangan Pulau Pinang berhubung dakwaan pembelian sebentuk cincin oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

samm police report on rosmah diamond ring 130711 badrul hisham shaharinKetua SAMM Badrul Hisham Shaharin berkata beliau juga akan menyerahkan salinan cetakan dokumen itu dari skrin komputer bagi membuktikan pembelian cincin berharga RM24.4 juta itu bebas daripada dikenakan cukai import.

Menurut Badrul, yang popular dengan panggilan Chegubard, berdasarkan maklumat yang diterima SAMM pada 16 April lalu, berlian yang dikenali sebagai“Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond” diterbangkan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Harga barangan itu diletakkan pada RM24,458,400, dakwanya.

Antara maklumat tertera pada cetakan komputer itu adalah:

Nama Barangan:
Natural Fancy Blue Gray Cushion Cut Diamond
Nama Pengekspot: Jacob & Co dari New York
Nama Pengimpot: Datin Seri Paduka Rosmah Mansor dan Jeremi Beh Sin Tee
Tarikh Impot: 6-04-2011
Tempat Impot: KLIA

Sehubungan itu, Badrul menggesa SPRM mengadakan siasatan secara terperinci dan telus sebelum menyatakan hasil siasatan.

"Kita mendesak SPRM untuk tampil menyatakan hasil siasatan mereka kepada umum kerana ini melibatkan bukan sedikit jumlah wang rakyat Malaysia."

Beliau berkata cetakan maklumat yang diperolehi "hampir mustahil" untuk dipalsukan.

samm police report on rosmah diamond ring 130711 group"Hampir mustahil untuk seseorang membekalkan butiran penerbangan, nama pegawai kastam yang bertugas, nama pengimport dan sebagainya," kata beliau.

"Ini mengingatkan kita kepada negara jiran kita yang pernah dihancurkan oleh seorang wanita pertama yang bernama Imelda Marcos. Kita tidak mahu negara kita jadi begitu.

“Cukuplah rakyat yang terseksa. Kita tidak mahu orang yang bernama sebagai wanita pertama bersikap sedemikian rupa." tambahnya.

Badrul turut menggesa Rosmah tampil memberi penjelasan bersabit dakwaan itu, khususnya mengenai cetakan maklumat pengisytiharan Kastam yang diperolehinya.

Beliau juga berkata syarikat Jacob dan Co yang dikatakan mengeksport cincin itu, turut dikaitkan dengan barangan perhiasan yang diguna oleh isteri Perdana Menteri.

NONE"Jacob & Co merupakan sebuah syarikat yang berpengkalan di New York. Beberapa barang keluarannya yang terpapar dalam web sitenya, kita dapat padankannya dengan beberapa perhiasan yang sering dipakai oleh Rosmah Mansor," katanya.

Beliau juga mempersoalkan bagaimana pengimport cincin berlian itu mendapat pengecualian cukai bagi membawa masuk perhiasan itu.

"Adakah suami individu yang dinamakan di atas menggunakan kuasanya sebagai Menteri Kewangan untuk memperolehi cukai kosong itu?" soalnya.

p/s : x tau nak kate ape...kate kang jadi isu lak...x kata kang..cam nak kate....hmmmm...whatever

hubby masak lagi...yahuuuuu


sila jangan loya yer kengkawan...ahaks....
pagi ni nak tayang megi goreng yang en hubby masak...
mood baik kot...dah 2x en hubby masak utk sarapan...

mmmm....ade pape ker????
stakat ni xde...duk umah cam biasa....layan anak2 cam biasa...
lalalalalalala...

mungkin sebab aku x brape sihat + duk melayan karenah si yaya yang susah nak bangun pagi
( ikut prangai aku ler tu....tp depan hubby x nak ngaku...kuang3x )

kadang2 naik seh gak bila yaya wat perangai..
huahuhuahua...

special to my hubby :
i love u so much....
very dee...deep...deep.... inside of my heart
u always in my mind...
forever...n ever...n ever...
i always miss your touch,your love....

uwek.....

wei....ni ikhlas tau...
depan2 dia segan nak cakap...
sok kalau aku dah xde & dia baca blog ni...mesti dia terharukan...
huhuhuh

smlm tgk annissa....sedey tau...farid dah meninggal...
walaupun sebelum ni aku geram ngan perangai farid yang penipu tu
tapi bila tgk babak dia meninggal & anna menangis
time tu gak aku tringat kat APIH & INA
laju jer airmata aku turun...

apa la aku ni sensitif sgt skrg ni....
tgk drama yg ade mati2 aku nangis...
baca Quran  utk apih pun aku nangis..

STOP!!!!!!



ni ler magi goreng yg my love masak...ngeh3x

( megi + tolo )


( nescafe white coffe )

ari ni kat ujan...mmg best aa layan nescafe white coffe ni....best...........

p/s:agak2 esok en.hubby masak lagi x utk sarapan...heheheh

Khamis, 14 Julai 2011

en.hubby masak.....


ngeh3x...kembang lobang idun aku pagi ni...sebabnya...taraaaaa..........
*
*
*
*
*
*
en.hubby kesayangan  aku dah masakkan nasi goreng & air teh o untuk sarapan pagi ni.....yeha....thanks abang..

kisahnya aku x brape sihat....virus2 jahat dah mula dok attack body aku ni...balik kije ptg smlm memang aku x larat..kpala rasa berat,badan rasa hangat & lemau...
so balik tu memang melepak je la...
nak join dgr ceramah agama kat surau pun larat...
so x masak la ptg semalam...makan jer ape yang ade kat dlm peti besi aku tu...

dah bagi anak2 makan..aku pun telan la panadol...
tgh duk syok2 baring...dlm pukul 10.15 tiba2 dengar meletup - letup...
aku trus bangun & menjerit...bunga api3x smbil lari ke dapur
hahahahaha...
anak2 n hubby pon sama ikut aku...
si yaya dah melompat2...wa....cantiknya....cantik kan ibu....

kat dapur umah aku nampak la bunga api yg duk main kat floria tu...
dalam x sihat tu...sempat agi berlari tgk bunga api....huahuahauahua....memang separa matang betul la mak budak ni

pagi ni.......
aku banggn lambat gak...pastu memang x masuk dapur la...
tiba2 dengar cam org tengah masak kat dapur....
heheheh..hati dah berbunga riang ni...

kejutkan yaya .....suh mandi....skolah...xnak bangun
bila dah bangun duk lepak2 lagi kat katil main ngan adik
huhuhuh
en.hubby cakap...biarkan dia...kita bagi dia penagajaran skit....huhuhuhuh
bila anta yaya & haifa umah pengasuh...yaya dah nangis nak gi skolah..
en.hubby cakap...biarkan...besok2 dia serik la nak wat ha l lagi...
aku follow jerrr........

sebelum tu aku dah tapau nasi goreng ...
smbil duk menapau tu hubby cakap...sorry kalau x sedap...
pergh....terharu mek....trus mek terdiam x cakap ape....

dah tlg masak sarapan ni pun dah teramat bagus darling...

sampai kat opis aku pekana nasi goreng ngan milo panas...pergh....malatop!

( set sarapan pagi ni )

( milo panas )

( nasi goreng )

p/s : thanks abg...love u so much...mmmuahhhhh

Rabu, 13 Julai 2011

tuntutan AMBIGA melalui IFC

1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam... tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

2. Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh... dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan Orang Islam,Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.

7. Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang Hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

p/s : so...fikir2kan ape kehendak Ambiga ni....as a muslim...kita patut sokong @ x?

tanya sama pokok.........

ni lagu peberet yaya....
kalau dengar lagu ni kat radio..dia pun sama ikut nyanyi...
kalau x pon dia sruh aku nyanyi...
hahahaha...aku ingat tang korus jek...yg lain...ke laut sume...
tapi kalau direnung - renungkan...
di amati betul2...
lagu ni memang penuh ngan makna tersirat...

jom kita layan lagu POKOK ni...


pagi smalam aku & en hubby gi jumpa cikgu skola yaya....untuk tengok result peksa pertengahan tahun....
tapi yaya ni baru 4 tahun so xde la nombor...just cikgu bagi tau kelakuan dia,cane dia dalam kelas,cane dia belajar,prestasi dia kat skolah & mcm2 lagi la....

Alhamdulillah...cikgu bagi tau..antara budak2 4 tahun ni yaya yang paling menyerlah dari segi pelajaran....
semoga yaya terus berjaya...setiap hari ibu x akan lupa doakan semoga yaya dapat yang terbaik dari Allah...amin...
walaupun kat umah yaya asyik tengok kartun jer & xnak blajar kat umah...tapi yaya concentrate kat skolah....

tapi perjalanan yaya masih jauh nak....
ni baru permulaan kehidupan...masih banyak ranjau & rintangan yg menunggu...
semoga yaya boleh harunginya....

p/s : lupa nak tanya cikgu..kat sekolah yaya makan bersuap gak ker ngan cikgu...huhuhu

Jumaat, 8 Julai 2011

Floria 2011 Putrajaya: Ros Untuk Selamanya

KUALA LUMPUR – Festival Bunga dan Taman Putrajaya (Floria 2011) yang akan berlangsung pada 9 Julai hingga 17 Julai depan di Presint 2, Putrajaya memilih tema Ros Untuk Selamanya.

Menurut laman web Perbadanan Putrajaya, Floria 2011 akan mempertontonkan koleksi terbesar ros yang pernah dipamerkan di Malaysia dalam suasana taman.

“Floria 2011 bakal melibatkan pameran lebih 100 spesies bunga ros terdiri dari spesies hibrid, floribunda, grandiflora, miniature, pepanjat, tanaman renek dan pokok. Semuanya akan dipamerkan dengan rekabentuk taman di luar dan di dalam khemah pameran.

“Lebih 400 ribu tumbuhan berbunga akan dipamerkan dan sebahagiannya adalah dari spesies ros,” katanya

Tema Ros Untuk Selamanya dipilih berdasarkan simbolik bunga ros yang dikaitkan dengan elemen cinta dan kasih sayang yang berkekalan sesama manusia.

Floria 2011 akan mempamerkan koleksi bunga ros dalam bentuk permaidani bunga gergasi, taman pameran dan lot jualan.

Turut diwujudkan taman terapi yang menyediakan perkhidmatan seperti urutan kaki, tangan dan bahu, refleksologi dan spa kepada pengunjung pada harga yang berpatutan.

Acara tersebut dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya dan disokong oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

Berikut adalah maklumat mengenai Floria 2011:

Festival Bunga &
Taman Putrajaya 2011


Tarikh: 9 – 17 Julai 2011

Tempat: Pesisiran Tasik, Presint 2, Putrajaya

Tema: Ros Untuk Selamanya

Waktu Buka:
9 pagi-10 malam (Isnin-Khamis)
9 pagi-12 tengah malam (Jumaat-Ahad)


Bayaran Masuk – Percuma

Maklumat lanjut layari: http://www.ppj.gov.my/putrajayafloria/floriabm.html





Cool Flowers


Flowers


Flowers


p/s : kepada pencinta ros.....apalagi....serbu laaaa

30 Jalan Utama Di Kuala Lumpur Ditutup

Kuala Lumpur – Polis akan menutup hampir 30 jalan utama di ibu negara esok menjelang tiga perhimpunan yang akan dianjurkan Bersih 2.0, Perkasa dan Pemuda Umno.

Penutupan itu dilakukan selepas polis menerima laporan terdapat beberapa kumpula merancang berkumpul di lokasi panas.

Berikutan itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh ketika memaklumkannya meminta orang ramai menjauhi diri dari Kuala Lumpur,  jika tiada sebarang urusan.

Namun,  mereka yang menetap dan bekerja di kawasan berkenaan akan dibenarkan melaluinya.
30 kawasan yang akan ditutup kepada trafik pada Sabtu ialah, Jalan Syed Putra,  Jalan Istana, Jalan Bukit Petaling, Jalan Bellamy dan kawasan sekitar Istana Negara.

Selain itu, Jalan Sultan Hishammuddin, Jalan Lembah Perdana, Jalan Chenderasari dan kawasan sekitar Masjid Negara, sekitar Dataran Merdeka, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Kompleks Sogo, Maju Junction, Masjid Kampung Baru juga ditutup.

Turut terlibat dalam penutupan itu ialah Jalan Kinabalu, Jalan Kuching, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Laut, Jalan Sri Amar, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Haji Taib, Jalan Raja Muda Musa, Jalan Raja Bot, Jalan Raja Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Gereja, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak, Jalan Tun Tan Cheng Loke, Jalan Sultan Mahmud dan semua kawasan berhampiran.

p/s: so x yah la ngade2 nak masuk kl ye ...kot2 tiba2 teringin nak gi soping kat sogo ker..jalan TAR ker....lupakan je...

sebak

pagi ni aku godek2 memory dalam hpon..jumpa lak gamba ni...
gamba ni..anak buah aku yg transfer ker hpone aku...ekceli gamba ni hak milik ina...

trus sebak bila tatap wajah2 yang aku syg ni......ENOUGH!!!!!





p/s: ari ni aku ade wat something utk mu pih...smoga ianya sampai kepada mu....

Rabu, 6 Julai 2011

10 bulan sudah

ari ni genap 10 bulan aku x jumpa apihhhhhhhhhhh....
rindu-serindu rindunya...
dan yang pastinya...mmg aku x kan jumpa dia lagi pasni......
huaaaaaaaaaaaaaaaaa


6/9/2010 - apih terlibat dalam kemalangan
( bleh dikatakan sepanjang perjalanan balik ke kampung aku duk menangis...kat umah aku meraung...tapi bila depan mak & abah..aku leh kawal air mata aku....belakang diaorg..aku meraung sepuas hati )
10/9/2010 - apih di semadikan
( aku tinggalkan haifa kat sape ntah..aku pon dah lupa...semata-mata aku nak tgk apih di semadikan...aku bawak yaya jer...aku nak yaya faham erti kematian )

p/s : aku xleh nak crite detail agi tentang kejadian tu...huhuhuhu

15 Anugerah Allah SWT pada Wanita tidak pada Lelaki

1.Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka,”Tidak” Sabda Baginda “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.

2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.


3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.


4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.


5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”


6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”


7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”


8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”


9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”


10. Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim.”


11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.


12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.


13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.


14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).


15. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika
 
sumber :CIK DAH
 
p/s : tqvm cik dah sebab share info ni....

Selasa, 5 Julai 2011

harta apih

satu-satunya harta apih yang tinggal
'
'
'
'
'
'
'
'
'
''

kalau mu masih ade pih...mesti mu sibuk duk bercerita ngan aku gelagat arsyad..pahtu kita saling duk banding gelagat arsyad & haifa...berat diaorang...



arsyad dah stahun 3 blan sekarang pih....dah makin cerdik...
kalau merajuk..arsyad akan hantuk kepala dia kat dinding atau lantai pih...



rajin mcm mu pih..suka bertukang..berkebun...



pih..arsyad suka sgt jalan2..kalau aku bawak dia gi jalan..suka sgt..baik je duk dalam keta..x mcm haifa yg x reti duk diam...kalau bwk arsyad gi makan kat kedai pon..dia steady jer duk kat baby chair..mmg beza sgt ngan haifa...



kalau mu masih ade..mu pun leh merasa bwk arsyad gi shooping...

siap kali arsyad gi jumpa mu..pasti dia akan cium batu nisan mu...bila aku tgk tu..mmg sebak sgt pih...
cne lah nak lalui ramadhan kali ni...
berat mata memandang..berat lagi bahu yg memikulnya
kalau aku ditempat ina..mungkin aku leh jadi giler kot..sebab aku x sekuat ina...
ina tersangat tabah pih....

stiap kali aku dengar arsyad menangis @ merajuk..aku rasa sayu sangat pih...
bila ku tgk ina layan arsyad tanpa mu...aku jadi sebak sangat..

aku rasa sangat beruntung sebab dikurniakan suami macam nafis....baik,x byk karenah,pandai amik hati org tua...dan yang paling penting...dia cukup sabar layan karenah aku...hanya dia yg tau perangai aku camana pih..
kalau dia xde di sisi aku...xtaulah ape kan jadi pade aku pih...tapi aku x pernah tunjukkan yang aku sayang sangat kat dia...

pih...camana la keadaan mu kat sana kan..aku rindu sangat kat mu...minggu lepas topek balik kg...mu tau kan..dia & muiz bersihkan pusara mu...diaorang cat pusara mu...x sabar aku nak tgk pusara mu ber wajah baru...

dah lama aku x mimpi mu pih..datangla jumpa aku yer...aku rindu nak tgk mu pih...pleaseee....

p/s: kalau la aku bleh anta surat kat mu kan best..bleh aku citer panjang2 ngan mu...

TUTTI FRUTTI at Bdr Sri Permaisuri

ni n3 nak promote outlet baru TF kat Bdr Sri Permaisuri....
Kalau kengkawan nak merasa diskaun yg " KEBABOM "...leh la datang ke outlet baru ni...
actually..outlet baru ni ade bau2 bacang la ngan opis aku ni...hehehhe
so kena la promote sket...

diskaun 20% - 50 %.

Iniler masanya nak merasa makan TF ngan harga murah kan...

ade cakap ngan en.hubby nak bawak anak2 gi makan TF ni pada hari ahad ni...10hb July 2011

Insyaallah kalau xde aral yg melintang..sampai lah kami sekeluarga di TF tu..tp x sure la pkul bape...




ni ler antara eskrem yogurt yang yummy kat TF tu...


ni namanya red velvet...bukan kek je ade red velvet tau

p/s : aku ni sebenarnya x pernah gi makan TF ni..dgr critenya sedap yang amat...mehla kita pakat2 gi rasa yer...jgn lupa TF Bdr Sri Permaisuri...

Kasihnya Ibu.....

Jumpa lagu ni kat FB kawan....layan jap..

hati rasa sayu jer teringatkan mak kat kampung....huhuhu....
mak...sayang mak sangat2...ampun kan dosa intan & halalkan sume makan & minum...walau pun mak x baca ape yang diluahkan kat sini..tapi intan rasa lega sebab dapat meluahkannya....
sukar untuk diungkapkan dengan kata2..hanya hati dan perasaan yang tau segala yang terpendam...

meh la kengkawan...kita layan lagu dari datuk sharifah aini....


p/s: aku ni slalu gak bantah cakap mak...huhuhu...

Jumaat, 1 Julai 2011

new gadget

cer teka..cer teka...pekebendenyer ni....
huahuahuaaaa....
ngidam nak beli bende alah ni sejak terjerumus dlm dunia blog ni...
sebelum ni x reti/tau...guna bende alah ni utk ape...
bila jenjalan kat blog kengkawan ni...berkenalan la ngan bende alah ni & terasa bende diperlukan dlm kehidupan ku le plak..ahakssss...

ari ni aku rembat le 1 yang murah & biasa jer...guna pon kdg2 jer..so x murah pon ok what....ehe...



UJIAN ALLAH LAGI....

Sabarlah dikau wahai hati...
Sesungguhnya ujian Allah itu penuh dengan hikmahnya
Tenanglah dikau wahai hati...
Tawakal mu hanya pada Allah

Ku pohon Kau berikan kekuatan pada si dia...semoga si dia tabah menghadapi ujian demi ujian
Sungguh berat ujian yang Kau berikan padanya...
Kau ambil sang suami yang Kau pinjamkan padanya...
Menangis berendam air mata si dia mengenangkan nasib si anak kecil yang bakal membesar tanpa ayah di sisi

Tapi si dia masih gagah melalui hari2 mendatang demi anak tersayang
Tekanan dari pelbagai pihak cuba di lalui...
Satu persatu masalah bertandang

Tanpa di duga..pihak ke tiga memanjangkan duka..
Mungkin pihak ke tiga mahukan wang....

Bagi ku...kita sama2 kehilangan orang yang tersayang....mengapa harus jadi begini..
Kami pun merasa peritnya kehilangan...
Kamu pun sama...kehilangan orang yang tersayang..

Berilah si dia peluang untuk mendamaikan hatinya...
membesarkan zuriat yang ditinggalkan dengan tenang...
Usahlah di usik hatinya yang dah remuk redam itu...
Berilah dia kekuatan mencapai hajat si suami untuk melihat istri yang ditinggalkan menggenggam "master" & menjadi lecturer demi masa depan si dia & anak...

Ya Allah..aku pohon pada mu...Kau permudahkanlah urusan si dia & si anak di dunia & akhirat....
Kau temukanlah keluarga kecil ini di akhirat kelak...Kau berikanlah yang terbaik untuk mereka...
Kau perkenankanlah permintaan hamba mu yang kerdil ini....
X lupa juga pada yang telah meninggalkan kami... Ya Allah..Kau lapangkanlah kuburnya...terangkan lah kuburnya...Kau ringan kan lah siksaan kuburnya...Kau temukan lah kami di akhirat kelak....aminnnnn

p/s : harap si dia tabah...aku sentiasa di sisi mu....