Islamic Widget

our anniversary ( intan & nafis )

Daisypath Anniversary tickers

i follow...u follow...

Selasa, 14 Jun 2011

i like jozan...

xnak cakap byk..layan kan je lah lawak si jozan ni..mmg BESTTTT!!!!


part 1



part 2


p/s: aku mmg ska ngan diaorg ni...lawak best


Rabu, 8 Jun 2011

kanser paru2 stage 4

aku sungguh bersimpati ngan en. bos .....besar sungguh dugaan dia...
tadi dia bagitau yang ayah dia di sahkan menghidap kanser paru-paru stage 4..& dokter bagi jangkaan yang ayah en.bos hanya mampu bertahan untuk sebulan jer....nauzubillah...

Bayangkan kalau kita berada dalam situasi tu...ayah yang kita sayang menghidap sakit kronik sebegitu teruk....

Semoga en.bos tabah menghadapi dugaan Allah...

tadi en.bos ade bagitau yang dia dah buntu..x tau nak usaha camana...dokter suggest wat kimo tp en.bos x bagi sebab ayah dia dah 77 tahun dan mungkin dia x mampu melawan kimo tu..
dia ade tanya aku kot2 tau rawatan alternatif untuk kanser paru - paru ni...aku pon blur...xde idea & x tahu..

memang kesian tengok en.bos...smoga en.bos tabah & usia ayah en.bos dilanjutkan...

kepada kengkawan blogger yang ade info tentang kanser paru2 ni leh la share yer..tqvm...

p/s : dah rasa betapa peritnya hilang orang tersayang...

up side down pizza ler plak




iniler rupe up side down pizza tu....
aku berkenan sangat ngan resepi ni sebab xyah nak uli doh...hehehehe
bukan ape....aku ni xpernah agi uli doh pizza..so kureng sket keyakinan diri ler...ahaksss
yang style ni sonang yo...bancuh yo tepung & bahan2 nyer...then curah yo atas inti pizza tu...
ha...sonang kan...
tapi kan..minta ampun minta maaf ler....aku ni lupe amik resepi dari sape...maaf yer empunya resepi...minta halal dunia & akhirat yer..

kat bawah ni gamba pizza yang dah masak...yg dalam progress nak masak tu aku lupe la plak nak snap..huhuhuhu...

tapi sebelum tu ni nak share resepi ler yer....

bahan doh

1 cawan tepung
1 cawan susu rendah lemak
2 biji telur
1 sb minyak masak
1/2 sudu kecil garam

cara

campurkan sume bahan ke dalam mangkuk & gaul sebati ( bleh je guna senduk @ mixer )
aku guna senduk jer

Bahan utk inti ( filling )

daging hancur brand ramly ( 1/3 bungkus )
4-5 batang sosej - hiris
1/2 biji cili capsicum - hiris
5 biji cendawan shitake ( leh guna cendawan dlm tin ) - hiris
nenas ( suka ati nak buh byk mana )
3 ulas bawang putih - cincang halus
1/2 ulas bawang besar - potong dadu
 3 sb sos spagheti brand kimball ( resepi asal guna tomato puree )
3-4 jeping cheese ( aku guna cheesdal yg keping tu ) - lagi sedap guna mozarella
garam secukup rasa
kalau nak tambah gula skit pon bleh


cara

tumis bawang putih & besar hingga wangi
masukkan daging.....bila daging dah masak...masukkan sosej & cendawan shitake tadi
bila sosej dah masak..masukkan sume bahan2 lain...bila dah masak..rasa ler..kalau x kena ngan selera..tambah ler garam @ gule lagi...hehehhe
pastu inti tu masukkan dalam loyang...taburkan cheese...( aku guna cheese keping..so susun je la cheese tu  atas filling tu )
pastu curahkan adunan doh tadi
bleh la bakar selama 25 minit pada suhu 180 darjah
sebelum tu jgn lupa panaskan oven cam biasa ek


Taraaaaa.................
nilah rupenya bila dah masak

( masih panas2 lagi ni )

( view dekat yer )

( view sisi )

( dah kena potong )

( ni bahagian aku utk di ngap ke dlm mulut )

p/s : cam lasagna pon ade gak...tp bagi aku sedap sbb aku pun suka makan lasagna ...ngehngehngeh

Isnin, 6 Jun 2011

12 aurat wanita yg perlu dipelihara

ni sessi muhasabah diri & peringatan utk semua..x kira lelaki @ perempuan...
untuk lelaki...bleh guna sebagai panduan utk mendidik anak & isteri...

1.    Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.  

2.    Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng….  

3.    Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.  

4.    Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.  

5.    Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.  

6.    Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.  

7.    Muka dan Tangan – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.  

8.    Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.  

9.    Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31. Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.  

10.    Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32. Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.  

11.    Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31. Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.     Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.  

12.    Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.      

P/S :JOM TUTUP AURAT DAN JAGA AKHLAK    

Jumaat, 3 Jun 2011

aduss...cne bleh x prasan ni

Kisahnya cenggini...pada 30.05.11..mlm aku gi ler CIMB kat putrajaya tu.
Tujuannya nak bayar credit card...cam biasa..guna cash deposit machine...masukkan no.akaun & duit..kuar resit trus msuk dlm beg.

Sehingga pagi ni aku dengan amannya pk credit kad aku dah bayar.
Tapi sesuatu yang x disangka telah berlaku...huhuhuhu

aku dapat sms dari cimb mengatakan akaun kredit kad aku dah overdue!!!

aiksss....aku dah bayar la...cane leh jadi cenggini..

cari balik slip bag dalam beg....ALAMAK...xde la...
Sah..aku dah buang ni...harap2 cleaner lom buang agi sampah tu sebab cleaner datang stiap ari selasa..aku lupa ari ape aku buang resit tu.

Terpaksa la aku selongkar balik bakul sampah tu...huhuhuhuh...sib baik hanya kertas2 jer yang menjadi sampah..kalu sisa makanan....mau muntah aku agaknya.

ALHAMDULILLAH....jumpa..
aku baca la kat slip tu...memang ade tulis kat situ...PLEASE CONTACT BANK....

huhuhuh...aku pon cal la cimb..memang diaorang x terima bayaran tu...diaorang suh aku gi CIMB bank branch Putrajaya untuk selesaikan masalah ni...

Nampaknya  lunch hour nnti aku kena berdesup gi putrajaya jap...tp masalah kat putrajaya ni Parking...huhuhu

Kena settle cepat2 nanti x lena aku nak tido...

Harap bos x masuk la petang ni...tapi semalam bos cakap ade nak kena prepare cheque...cane tu???


p/s : apsal la aku careless sgt ni..kan dah susahkan diri sendiri....huhuhuhu

Khamis, 2 Jun 2011

Jalan2 at Penang

org lain gi jalan2 time cuti sekolah...tapi aku gi jalan2 time weekend...
gi penang ni sebab nak tunaikan hajat abah aku...dia yang beriya sangat nak gi penang..
xnak menyesal di kemudian hari & sementara dia masih boleh berjalan agi ni...aku & hubby bawak la dia gi penang.

Kami bertolak dari putrajaya pada pkul 6.30 pg ( 21hb Mei 2011 ) then sampai kat penang area pukul 12.30 tghari...check in bilik penginapan pkul 2 ptg ...lambat lagi..then terus shoot gi Bukit Bendera..

Mak ai...susah btul nak parking....mak aku sakit lutut lak tu..xleh jalan jauh2..drop mak depan gate stesen keretapi bukit bendera..then hubby gi cari parking..

Nak beratur naik train tu ramai gilos org..cian mak aku..kena dera...huhuhu..tp kalau mak x naik..bila lagi nak merasa kan..pas ni ntah bila lak leh smpai cni...tahan skit mak yer...dalam situasi macam ni aku & hubby kena cekap la booking kan tempat duduk untuk mak & abah aku...kang pengsan lak diaorg berdua ni...

ni ade la sket gamba kat Bukit Bendera..

( hubby & yaya...tgh beratur nak naik train )

( ni lah rupa kami yg sedang mnunggu turn ...sowi gmba blur )

( hubby bergambar di belakang train )

( aku.mak & yaya...dlm train )

( haifa yg lom mandi & sgt berani berdiri sorg2 kat pintu train )

( aku suka gamba ni )

( our small family )

( mak & abah tersayang...gayat yer...)

pas gi bukit bendera kami gi check in kat Anggerik Lodging....kat area USM..x smpat nak amik gambar..sibuk melayan karenah budak berdua ni..

Pas check in kami pi makan nasi dulu...pukul 4 petang bru lunch...sib baik ade bawak bekal sandwich & roti jagung...leh gak wat alas perut sementara nak tunggu makan nasi..hahahaha
pas lunch..balik bilik..mandi & berehat jap

Pkul 6.30 petang kua gi jalan2 kat Queensbay lak..makan malam pon kat area ctu gak..pastu habiskan aktiviti mlm tu ngan pusing2 penang...tp memang banyak kali sesat la sebab kami sume memang x pernah gi penang

esoknya ( ahad..22hb Mei 2011 ) gi Rumah P.Ramlee..seronok abah dapat gi sana..

( ni kat depan umah P.Ramlee..mak dah duduk...xleh nak jln jauh2 )

( hubby ngan pose cute )

( di anjung umah P.Ramlee )

( mak & abah duk di kerusi yg digunakan utk berlakon dlm filem bujang lapok @ seniman bujang lapok..kalau x silap aku la )

( dak tecit yg sentiasa nak bebas )

pas tu kami gi pusing2 last sebelum balik...nak balik awal sebad takut jalan jem..
aku memang nak sangat naik feri..akhirnya..tercapai lah sudah hasrat ku naik feri...sronok weh...

( pagi ahad yang mendung )

( gamba ni pun aku ska )

( tengok si tecit tu terpaksa kena kepit nak bergambar )

pastu singgah kat Padang Kota jap...beli pasembor,laksa penang, ABC & ais cendol...
sedap woooo....mmg best aaa

( yg dewasa sibuk makan..yang kanak2 sibuk main )

( cantik kan )

( ni kat dlm feri )

( feri tgh berlabuh )

( kami lagi da.... )

( view dari atas feri )


p/s : hajat di hati pas ni nak bawak mak & abah aku gi cameron highland lak, doa doakanlah smoga tercapai cita2 aku ni yer

Rabu, 1 Jun 2011

PETUA MENGASIHI ISTERI

n3 ni khas untuk para suami yer..kalau si suami x baca blog...si isteri bleh print & bagi kat suami baca...."renung2kan dan selamat beramal"

1. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin menyatakan "I Love You".  

2. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.  

3. Sekali sekala Tolong kemaskan katil dan bilik tidur.  

4. Tolong terbalikkan stokin atau seumpamanya untuk memudahkan isteri mencuci. Tolong buang sampah tanpa disuruh.  

5. Bila keluar out station, telefon isteri untuk memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu yang kita sudah selamat sampai.  

6. Tunjukkan kepimpinan yang baik, suami adalah ketua rumahtangga dan pendidik.  

7. Berdiskusi dari semasa kesemasa, jangan ketepikan pendapat isteri.  

8. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.  

9. Sokong pendapat isteri sekiranya beliau bertentangan dengan pendapat orang lain, tetapi hendaklah secara rational bukannya mengiyakan semuanya...... sekiranya pendapat isteri anda salah, betulkannya.  

10. Urut-mengurut isteri atau seumpamanya dari masa kesemasa.  

11. Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.  

12. Sabar dan tenang bila mendengar cerita dan masalah isteri.  

13. Pamerkan kasih sayang bila dikhalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkan beliau jauh bila berjalan.  

14. Bila berpegang tangan, jangan biarkan tangan longlai.  

15. Buatkan air minuman atau seumpamanya sekali-sekala.  

16. Bila makan diluar, jangan harapkan isteri sahaja yang memilih tempat untuk makan.  

17. Sabar bila isteri terlambat sedikit atau dengan tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan.  

18. Beri perhatian yang lebih pada isteri dari orang lain dikhalayak ramai.  

19. Lebihkan isteri anda dari anak-anak.  

20. Belikan hadiah kecil dari semasa kesemasa seperti minyak wangi, jamu atau umpamanya, kad-kad ucapan juga dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang dengan isteri.   

p/s : suami anda sume cane ek?